• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raptai Perarakan Panji-Panji berjalan lancar

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Raptai penuh Perarakan Panji-Panji sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Dataran Pahlawan Negara, Presint 1, di sini, hari ini berjalan lancar.

Seramai 28 pegawai dan 550 anggota lain-lain pangkat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang diketuai Pegawai Memerintah Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja Leftenan Kolonel Mohd Radzi Othman mengambil bahagian sebelum acara kemuncak berlangsung Rabu ini.

Turut hadir menyaksikan raptai penuh hari ini Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi.

Persiapan dan latihan sempena istiadat ini bermula 3 September hingga hari ini.

Antara acara istiadat lain pada Rabu ini ialah tembakan kehormatan 21 das yang akan disempurnakan oleh 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja serta formasi terbang lintas hormat lima buah pesawat helikopter yang membawa Jalur Gemilang dari ATM, Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, akan menghadiri istiadat perarakan panji-panji.

Istiadat mengarak panji-panji adalah satu penghormatan dan lambang kemegahan, semangat dan ketaatsetiaan tidak berbelah bagi ATM terhadap Raja dan negara.

Dijangka 1,500 pengunjung akan menghadiri istiadat tahunan pada Rabu ini. – BERNAMA

Tags: AgongRaptai
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pengampunan Bersyarat Najib Adalah Jelas Dan Nyata : YDPA

Pengampunan Bersyarat Najib Adalah Jelas Dan Nyata : YDPA

07/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah bahawa pelaksanaan kuasa perintah pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk...

Agong Terima Menghadap Ketua Polis Negara, Diperkenal Timbalan KPN Dan Pengarah Pengurusan PDRM Baharu

Agong Terima Menghadap Ketua Polis Negara, Diperkenal Timbalan KPN Dan Pengarah Pengurusan PDRM Baharu

13/10/2026
0

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd