• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ragut Beg Sandang Wanita, Penganggur Dipenjara 5 Tahun

oleh Ahmad Albab
12/09/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Seorang penganggur yang meragut beg seorang eksekutif wanita yang diletakkan di dalam bakul motosikalnya sehingga mangsa diseret di atas jalan raya dengan motosikal yang ditunggang tertuduh, hari ini dihukum penjara lima tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini.

Hakim Azwarnida Affandi menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Afiq Othman, 30, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah atas pertuduhan menyamun beg sandang milik Zarina Omar, 46, sehingga menyebabkan kecederaan pada bahagian lutut, jari kiri, tangan dan siku kanan serta belakang badan wanita itu.

Kesalahan itu dilakukan di Jalan Intan 2/6, Taman Puchong Intan, Puchong, di sini, pada 10.15 malam, 15 Feb lalu mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat.

Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam Izleen Ismail memohon hukuman pemenjaraan yang minimum atas alasan pengakuan salah anak guamnya telah menjimatkan masa dan kos mahkamah.

“Ini adalah kesalahan pertama tertuduh. Ketika kejadian tertuduh tidak bekerja kerana mengalami kemalangan sehingga terpaksa menjalani fisioterapi.

“Tertuduh juga telah menyesal dan insaf atas perbuatannya, oleh itu saya mohon satu hukuman yang ringan,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Noor Mawarni Abd Halim memohon hukuman berat mengambil kira mangsa mengalami kecederaan parah dan trauma sehingga tidak boleh lagi menunggang motosikal.

“Oleh itu, mohon satu hukuman yang dapat memberikan pengajaran dan keinsafan kepada tertuduh dan masyarakat,” katanya.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, tertuduh telah menyamun beg tangan mangsa yang diletakkan di dalam bakul motosikal wanita itu, bagaimanapun mangsa berjaya menarik semula beg miliknya itu tetapi dia terjatuh setelah gagal mengawal motosikal yang ditunggangnya.

Selepas itu berlaku pergelutan sehingga mangsa diseret di atas jalan raya dengan motosikal yang ditunggang tertuduh, namun tertuduh terjatuh dan berjaya diberkas oleh orang ramai. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: kes ragutPenganggur
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bunuh Ibu Teman Lelaki, Penganggur Didakwa Di Mahkamah

Bunuh Ibu Teman Lelaki, Penganggur Didakwa Di Mahkamah

30/07/2025
0

TELUK INTAN: Seorang penganggur wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas tuduhan membunuh ibu kepada teman lelakinya,...

Penganggur Didakwa Bunuh Rakan Serumah Kerana Bilik Bersepah

Penganggur Didakwa Bunuh Rakan Serumah Kerana Bilik Bersepah

03/07/2025
0

SHAH ALAM - Seorang penganggur yang berhijrah dari kampung ke Sungai Buloh untuk mencari pekerjaan, didakwa di Mahkamah Majistret di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd