• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Puteri UMNO ‘Boo’ Kerajaan PH Mungkir Janji

oleh
29/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARAH… Sebagai mana kebanyakan rakyat yang meluat dengan sikap mungkir janji kerajaan Pakatan Harapan (PH), perasaan itu tidak terkecuali daripada dikongsi perwakilan Puteri UMNO.

Reaksi itu dapat dilihat pada Perhimpunan Agung Tahunan sayap itu apabila perwakilan melaungkan ‘boo’ setiap kali soalan berkaitan sikap mungkir janji rejim PH dibangkitkan Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan.

Pertanyaan dilontarkan itu termasuk berkaitan isu pemansuhan hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), penghapusan tol lebuh raya, kenaikan gaji minimum dan janji lebih sejuta peluang kerja.

“Adakah dengan pemansuhan cukai barang dan perkhidmatan (GST), harga barang telah turun? Malah diganti pula dengan cukai jualan dan perkhidmatan (SST), ‘slow-slow turun’. Tetapi orang ramai pula kononnya tidak kisah.

“Ini kerana bagi mereka biarlah dikenakan SST, asalkan Barisan Nasional (BN) turun,” kata Zahida dalam nada sinis pada persidangan Perhimpunan Agung Tahunan Puteri UMNO 2018 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Ia bersempena dengan Perhimpunan Agung UMNO 2018 yang berlangsung di ibu negara dan bermula semalam sehingga esok. Acara tahunan itu buat julung kali diadakan ketika UMNO menjadi pembangkang selepas 60 tahun.

Dalam pada itu, Zahida turut menyifatkan pemimpin yang meninggalkan parti demi bersekongkol dengan pihak lawan selepas kekalahan pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 lalu sebagai ‘pelacur politik’ tidak bermaruah.

Mengulas itu dengan lebih lanjut, beliau menujukan perkara tersebut kepada bekas pemimpin parti yang sebelum ini mendapat kedudukan tinggi daripada UMNO, namun kini tergamak ‘menjual’ kedudukan itu kepada musuh.

“Kita saksikan ketika ini golongan pelombong politik, iaitu orang yang hanya berpolitik jika dapat raih faedah peribadi seberapa banyak boleh. Bahkan ketika ini, kita juga dapat lihat mereka yang dapat kedudukan dari UMNO.

“Tetapi menjual kedudukan itu kepada pihak musuh. Maaf kata, mereka ini tidak lebih daripada pelacur politik yang memang tidak bermaruah,” kata Zahida dalam ucapan dasarnya buat kali pertama pada Persidangan Puteri UMNO.

Turut hadir ialah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said serta Datuk Lokman Noor Adam; Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Pengarah Ameerah PAS, Husna Hashim.

Sementara itu, Zahida dalam ucapannya turut meminta Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk segera menangani segera budaya ‘warlord’ dalam parti tersebut kerana ia mampu meruntuhkan kesepaduan parti.

“Presiden perlu memandang serius terhadap usaha peremajaan parti serta memberikan takrifan sebenar terhadap istilah ‘peremajaan’ berkenaan.

“Pergerakan Puteri juga mendesak presiden untuk memberikan kuasa autonomi kepada UMNO Sabah, sesuai dengan perubahan landskap politik hari ini,” katanya. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Perhimpunan Agung UMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Sedia Tepis Tangan Sekutu Jika Langgar 3 ‘Garis Merah’ – Tok Mat

UMNO Sedia Tepis Tangan Sekutu Jika Langgar 3 ‘Garis Merah’ – Tok Mat

14/01/2026
0

KUALA LUMPUR: UMNO mengingatkan semua pihak termasuk sekutu politik supaya tidak melanggar tiga 'garis merah' semata-mata kerana parti itu menjadi...

‘Anak Muda Tak Leka Kenang Pencapaian UMNO 40 Tahun Lalu’ – Tok Mat

‘Anak Muda Tak Leka Kenang Pencapaian UMNO 40 Tahun Lalu’ – Tok Mat

14/01/2026
0

KUALA LUMPUR: UMNO perlu berhenti bergantung kepada sejarah sebaliknya merangka pelan hala tuju jelas sebagai persediaan menghadapi tempoh 24 bulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd