• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Puluhan Pesalah Rasuah Bertanding Pilihan Raya Indonesia

oleh Ahmad Albab
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Puluhan warga Indonesia yang pernah dipenjarakan atas kesalahan rasuah dijangka bertanding, menurut suruhanjaya pilihan raya negara itu, hari ini, ketika negara majoriti Muslim terbesar dunia itu mula berkempen, hujung minggu ini.

Semua bekas pesalah itu adalah antara lebih 8,000 calon yang bertanding kerusi parlimen dan majlis wilayah. Indonesia mempunyai 186 juta pengundi layak yang akan membuang undi pada pilihan raya umum, 17 April depan.

Seluruh peringkat masyarakat Indonesia dibelenggu rasuah dan Dewan Perwakilannya dilihat sebagai badan yang paling terjejas rasuah.

Bagaimanapun, minggu lalu, Mahkamah Agung membuat keputusan bahawa 38 orang yang pernah disabitkan atas kesalahan rasuah boleh bertanding walaupun mempunyai rekod jenayah.

Keputusan itu dilakukan, selepas suruhanjaya pilihan raya Indonesia cuba menghalang kelayakan mereka.

“Kami menentangnya, namun memandangkan Mahkamah Agung memberi kebenaran, tidak ada apa yang kami boleh lakukan,” kata ketua Suruhanjaya Pilihan raya Umum, Arief Budiman. – AFP/BH ONLINE

Tags: Indonesiarasuah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

18/09/2026
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan negara tidak harus tunduk kepada amalan 'penyakau' dan rasuah, manakala kes...

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

07/09/2026
0

JEREBU datang lagi langit bertukar kelabu, kualiti udara merosot, aktiviti luar dihentikan dan rakyat dinasihati memakai pelitup muka. Kali ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd