• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK Seri Setia: Parti Pembangkang Berkongsi Pentas Ceramah

oleh
07/09/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Parti pembangkang – PAS, UMNO, MCA dan MIC – buat pertama kali berkongsi pentas ceramah membantu kempen calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia, Dr Halimah Ali.

Ceramah yang berlangsung di PJS8 di sini, dihadiri Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Senator Datuk Ti Lian Ker dari MCA dan Anggota Parlimen Tapah, Datuk M. Saravanan (MIC).

Ahmad Zahid dalam ucapannya berkata barisan kepimpinan UMNO bakal menghadiri Muktamar PAS yang dijadual berlangsung di Terengganu, minggu depan.

“Saya ada menerima jemputan untuk menghadiri Muktamar PAS sebentar tadi dan saya beri jaminan bukan saya sahaja yang akan hadir malah timbalan presiden, naib-naib presiden dan setiausaha juga akan hadir,” katanya.

Menurut Ahmad Zahid, kehadiran pimpinan UMNO di muktamar itu nanti adalah sebagai tanda keikhlasan parti tersebut untuk menjalinkan kerjasama dengan PAS.

Katanya walaupun menyedari bukan mudah untuk akar umbi UMNO dan PAS duduk di bawah satu bumbung selepas ‘berperang’ selama 60 tahun, beliau yakin permasalahan itu akan dapat diatasi.​​​​​​

Beliau berkata sekiranya wujud satu gagasan politik yang baharu, UMNO dan PAS akan menjadi sebahagian daripada gagasan berkenaan.

“Kita tidak perlu rakan (parti) yang terlalu banyak dalam gagasan ini, tetapi cukuplah rakan yang sanggup berpanas dan berhujan bersama,” katanya.

PRK DUN Balakong dan Seri Setia masing-masing menyaksikan pertandingan satu lawan satu dengan calon Pakatan Harapan (PH) Wong Siew Ki berdepan calon MCA Tan Chee Teong di Balakong, sementara di Seri Setia calon PH Halimey Abu Bakar berdepan Dr Halimah.

PRK DUN Balakong diadakan berikutan kematian penyandangnya Eddie Ng Tien Chee dalam kemalangan jalan raya pada 20 Julai lepas manakala PRK DUN Seri Setia susulan kematian penyandangnya Prof Dr Shaharuddin Badaruddin pada 2 Ogos akibat kanser usus.

DUN Balakong dan DUN Seri Setia, masing-masing mempunyai keseluruhan 62,219 dan 52,650 pengundi berdaftar yang layak mengundi pada PRK, Sabtu ini. – BERNAMA

Tags: pembangkang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pembangkang Memutar Naratif, Dialog Bukan Derhaka – Pemimpin AMK

Pembangkang Memutar Naratif, Dialog Bukan Derhaka – Pemimpin AMK

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pembangkang didakwa sengaja memutar naratif bagi menggambarkan seolah-olah wujud ketegangan antara kerajaan dan Sultan Selangor. Pengarah Pilihan...

UMNO Negeri Sembilan Rela Jadi Pembangkang Daripada Bersama PH

UMNO Negeri Sembilan Rela Jadi Pembangkang Daripada Bersama PH

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO Negeri Sembilan lebih rela menjadi pembangkang daripada bersama Pakatan Harapan (PH) dalam pentadbiran kerajaan negeri itu....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd