• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK Port Dickson: ‘Saya Gembira BN Tak Bertanding’

oleh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR — Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik keputusan Barisan Nasional (BN) untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson bagi menentangnya.

Bagaimanapun, katanya, beliau masih perlu menghadapi saingan daripada calon lain termasuk calon bebas pada pilihan raya yang akan diadakan pada 13 Okt.

“Saya sambut baik siapa tidak bertanding, saya menyambut baik pertandingan, tetapi saya lebih gembira jika tiada pertandingan, jika UMNO tidak bertanding, sudah tentulah saya harus berdepan calon-calon bebas,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan pada program Syarahan Negara 2018 di sini hari ini.

Semalam, pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan BN memboikot PRK itu dan tidak akan meletakkan calon kerana menganggap kerusi Parlimen itu dikosongkan semata-mata untuk memenuhi cita-cita politik seseorang.

Sementara itu, ditanya mengenai pihak yang mempertikainya sebagai calon di kerusi itu, Anwar berkata mereka berhak menyuarakan pandangan dan kritikan terhadapnya.

“Antara isu yang dibangkitkan adalah kerana saya ini ‘agak’ Melayu dan Islam, jadi itu saya cuba jawab, tapi mereka ada hak untuk kemukakan pandangan atau kritikan,” katanya.

Mengulas mengenai cadangan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) yang bersedia untuk mengendalikan pemilihan PKR jika diperlukan, Anwar berkata ia tidak mudah untuk dilaksanakan memandangkan proses pemilihan itu telah berjalan.

Katanya, sebagai badan pemantau pilihan raya, Bersih dilihat memang berkesan menjalankan fungsinya, namun agak sukar bagi proses pemilihan PKR yang perlu mematuhi tempoh masa yang ditetapkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.

Beliau turut mengulangi amaran kepada calon-calon yang bertanding dalam pemilihan itu, terutama mereka yang mempunyai jawatan dalam kerajaan untuk tidak membuat tawaran projek kepada anggota parti bagi meraih undi. — BERNAMA

Tags: Anwar IbrahimPRK Port Dickson
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kesatuan Pekerja Bank Dakwa Telah Hantar 43 Surat Kepada PMX, Tetapi…

Kesatuan Pekerja Bank Dakwa Telah Hantar 43 Surat Kepada PMX, Tetapi…

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) mendakwa sebanyak 43 surat telah dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd