• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Politik PAS Bawa Perpecahan Orang Melayu Dan Bukannya Islam

oleh
19/09/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Politik parti PAS yang membawa perpecahan kepada orang Melayu dan bukannya agama Islam, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya perbuatan PAS itu tidak boleh dimaafkan di mana sebelum ada parti tersebut, orang Melayu tidak berpecah kerana agama.

“Hanya apabila PAS ditubuh barulah orang Melayu berpecah dan terpisah kepada dua puak yang bermusuh ketat. Perpecahan ini jugalah yang melemahkan orang Melayu. Demikianlah kelemahan orang Melayu sehingga PAS juga terpaksa meminta pertolongan orang-orang ‘kafir’,” katanya menerusi catatan terkininya di blog Chedet.

Bagaimanapun, beliau berkata PAS mendakwa parti itu tidak jadi ‘kafir’ meskipun bekerjasama dengan parti ‘kafir’ kerana kerjasama tersebut adalah “Tahaluf Siyasi”.

“Apa dianya Tahaluf Siyasi jika diterjemah ke Bahasa Melayu? Maknanya ialah “kerjasama politik” dan ini adalah sama dengan apa yang dilakukan oleh UMNO apabila bekerjasama dengan MCA dan MIC,” katanya.

Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata bahasa Arab (Bahasa al-Quran) jelas diguna untuk mengislamkan kerjasama PAS dan orang ‘kafir’.

Beliau berkata penerimaan ajaran pemimpin dan parti lebih utama daripada ajaran Islam di kalangan anggota PAS dan oleh demikian mereka sanggup bermusuh dengan orang Islam lain walaupun al-Quran menyebut bahawa orang Islam itu bersaudara.

“Kerana sikap inilah orang Islam (Melayu) di Malaysia berpecah sehingga sekarang,” tambah beliau.

Dr Mahathir berkata ramai lagi anggota parti itu yang masih taksub dengan PAS dan ajarannya walaupun sebahagian anggota sudah meninggalkan PAS.

“…dan perpecahan yang mendalam di kalangan orang Melayu adalah berterusan. Dia akan berterusan selagi PAS menyalahtafsir dan menyalahguna ajaran Islam.

“Inilah sebabnya yang saya tentang PAS,” kata perdana menteri.

Dr Mahathir berkata jelas bahawa PAS memecahbelahkan orang Melayu Islam dengan amat mendalam dan sehingga ke hari ini, masih ada sembahyang berjemaah berasingan di masjid yang sama.

Beliau turut berkata tiada ulama di Malaysia yang berani mendakwa bahawa pengkafiran orang bukan PAS adalah salah dan tidak menepati ajaran Islam.

“Pegawai-pegawai pemerintah yang bertanggungjawab berkenaan agama Islam juga membisu seribu bahasa,” tambah beliau. – BERNAMA

Tags: Mahathir MohamadPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Allah Tunjukkan Sikap Autoritarian Dan Politik Kotor PAS” – Ketua Penerangan Bersatu

“Allah Tunjukkan Sikap Autoritarian Dan Politik Kotor PAS” – Ketua Penerangan Bersatu

18/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mendakwa tindakan terkini Perikatan Nasional...

Gabungan Nasionalis Cadangkan Perkongsian Kuasa UMNO-PAS Mengikut Negeri

Gabungan Nasionalis Cadangkan Perkongsian Kuasa UMNO-PAS Mengikut Negeri

17/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pengerusi Gabungan Nasionalis, Aminuddin Yahaya mencadangkan formula perkongsian kuasa antara PAS dan UMNO sebagai langkah merealisasikan penyatuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd