• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tumpas Sindiket Dadah, Syabu RM54 Juta Dirampas

oleh Ahmad Albab
02/09/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Polis menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah dengan penahanan seorang lelaki dan merampas syabu bernilai RM54 juta dalam serbuan di Pulau Pinang, Jumaat lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, bertindak hasil risikan, pasukan JSJN Bukit Aman menahan seorang lelaki berusia 47 tahun di hadapan sebuah rumah kedai di Bayan Lepas pada pukul 3 petang hari berkenaan.

“Susulan penahanan lelaki yang dipercayai anggota sindiket pengedaran dadah itu, polis menyerbu sebuah gudang di Jelutong dan merampas 1,066 kilogram (kg) syabu bernilai RM54 juta.

“Sebahagian dadah itu yang dibungkus dalam plastik teh Cina berada di dalam sebuah lori satu tan manakala selebihnya disimpan dalam premis perniagaan yang dijadikan gudang berkenaan,” katanya di sini, hari ini.

Katanya berdasarkan siasatan, dadah itu dibawa masuk ke negara ini sejak dua minggu lepas dari negara jiran dan Pulau Pinang dijadikan tempat transit sebelum dihantar ke negara jiran lain untuk pasaran di negara berkenaan.

Mohmad berkata sindiket itu didapati menjalankan kegiatan penyeludupan dan pengedaran dadah sejak beberapa bulan lepas dan mereka menjadikan premis-premis perniagaan sebagai tempat menyimpan bekalan dadah yang dibawa masuk dari negara jiran.

“Pulau Pinang sebagai hab transit kepada sindiket dadah dengan mengambil kira kedudukannya yang strategik di samping jalan darat dan laut yang agak ‘complicated’ dan mudah untuk mereka melakukan kegiatan tersebut,” katanya.

Beliau berkata, lelaki yang tidak bekerja itu kini direman selama tujuh hari dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Mohmad berkata bagi tempoh Januari sehingga 29 Ogos tahun ini, JSJN telah menahan 109,544 orang termasuk 5,711 warga asing yang terlibat dengan dadah dan merampas dadah bernilai RM145.74 juta. – BERNAMA

Tags: polisSyabu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd