Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Usah Remeh Pertukaran Info...

BAGAN DATOH - Semua pihak sama ada pemimpin parti politik atau orang awam...

Ibu Mertua Tidak Pasti...

SEMALAM pengarah, Datuk Farid Kamil memuat naik satu entri memaparkan dirinya bersama dokumen...

Tapak Projek Lebuh Raya...

GEORGE TOWN - Projek pembinaan Lebuh Raya Berkembar di Jalan Bukit Kukus, Paya...

Mangsa Banjir Di T’ganu...

KUALA TERENGGANU - Jumlah mangsa banjir di Terengganu terus meningkat kepada 798 mangsa...

Polis Tahan Pengedar Dadah Di Pendang

PENDANG – Polis menahan seorang lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah serta sebuah motosikal curi yang ditunggangnya di Kampung Charok Kudung di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Pendang, DSP Arriz Sham Hamezah berkata, suspek berusia 28 tahun itu ditahan pada 1.30 tengah hari di tepi jalan kampung itu selepas pemeriksaan polis menemui sejumlah dadah jenis syabu dan heroin dalam beg pinggang berwarna hitam yang dipakainya.

“Kita temui 21 paket plastik lutsinar dadah heroin dengan anggaran berat 99.19 gram, tiga paket dadah syabu kira- kira 0.48 gram, alat penimbang digital warna hitam, sebilah gunting besi, pemetik api, 15 peket plastik lutsinar kosong yang disyaki digunakan untuk membungkus dadah,” katanya dalam kenyataan di sini, hari. Ini.

Menurutnya, kesemua dadah yang dirampas itu dianggarkan bernilai lebih RM3,000 dan ujian air kencing mendapati dia positif dadah jenis morfin dan methamphetamine.

Arriz Sham berkata, semakan pada nombor pendaftaran motosikal jenis Modenas Dinamik warna putih yang ditunggangnya mendapati ia motosikal curi yang dilaporkan hilang di Alor Setar pada Mac tahun lalu.

“Kita percaya suspek yang beralamat di Kulim itu baharu mendapatkan bekalan dadah itu dan menggunakan motosikal curi itu untuk mengedar dadah di sekitar kampung itu dan daerah Pendang, suspek juga tokan (pengedar) yang dikehendaki Polis,” katanya yang menambah suspek turut memiliki empat rekod kesalahan lampau berkaitan dadah.


Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan suspek kini direman tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori