• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan 8 Individu Main Judi Belangkas Di Pendang

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENDANG – Lapan individu yang sedang leka bermain judi belangkas di kawasan kebun getah di Kampung Lampan dekat sini ditahan polis dalam satu serbuan petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah (JSJ) Kedah, SAC Mior Farid Al Atrash Wahid berkata kesemua mereka terdiri dari tujuh lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 26 hingga 75 tahun.

Serbuan berkenaan dilakukan sepasukan anggota dan pegawai JSJ daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah dan Ibu Pejabat Daerah Pendang pada kira-kira 6.40 petang.

“Ketika serbuan terdapat hampir 20 orang berada di kawasan itu, namun sebahagiannya berjaya melarikan diri dan ada yang kita tangkap untuk tindakan lanjut,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Beberapa peralatan bermain judi turut dirampas antaranya sekeping kanvas tertera lukisan gambar ikan, udang, belangkas dan bunga, serta seunit pinggan, mangkuk aluminium, biji dadu serta wang tunai berjumlah RM1,020.

Kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang membawa hukuman penjara maksimum enam bulan dan denda sehingga RM5,000 jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: JUDIpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd