• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Larang Letak Kenderaan Di Bahu Jalan Di Cameron Highlands

oleh
13/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Polis menasihati orang ramai yang mahu bercuti di sini supaya tidak meletak kenderaan di kawasan larangan terutama di bahu jalan bagi mengelakkan kesesakan teruk sempena sambutan Hari Malaysia, hujung minggu ini.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Ashari Abu Samah berkata pusat peranginan itu dijangka mengalami peningkatan kenderaan berganda selepas kesesakan teruk pada cuti panjang hujung minggu lepas dengan anggaran 30,000 kenderaan dan hampir 100,000 pengunjung.

Beliau berkata lokasi yang dijangka terlibat adalah di sekitar kawasan Kea Farm, Brinchang serta Tanah Rata yang juga kawasan tumpuan pelancong.

“Penunggang motosikal atau pemandu kenderaan dinasihatkan agar sentiasa berhemah dan berwaspada, memerhatikan dengan cermat pengguna jalan raya lain serta tidak menjadi punca berlakunya kesesakan dan mengelak kemungkinan terlibat kemalangan,” katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

Beliau berkata pihaknya telah menambah anggota bertugas bagi memastikan kelancaran pergerakan trafik di sekitar pusat peranginan, selain akan menjalankan penguatkuasaan sepenuhnya dengan toleransi sifar atas setiap kesalahan lalu lintas.

Katanya bagi penunggang motosikal yang berkonvoi perlu mengikut undang-undang dan tiada perkhidmatan ‘marshall’ dibenarkan bagi tujuan iringan atau menahan kereta.

Beliau turut meminta pengunjung yang pertama kali ke tanah tinggi itu supaya peka dengan papan isyarat lalu lintas di sekitar pekan Brinchang berikutan laluan tersebut dijadikan sehala bagi melancarkan lagi pergerakan kenderaan. – BERNAMA

Tags: Cameron Highlands
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Agong Titah Kajian Semula Projek Pembangunan Di Cameron Highlands

Agong Titah Kajian Semula Projek Pembangunan Di Cameron Highlands

06/01/2023
0

CAMERON HIGHLANDS: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menitahkan kajian semula dijalankan ke atas semua projek pembangunan...

Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands Ditutup, Belum Selamat

17/04/2022
0

Ipoh : Laluan Persekutuan FT185 Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands Seksyen 27 di sini masih ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan kerana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd