• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Lahad Datu Tahan 7 Individu Di Bawah ATIPSOM

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAHAD DATU – Polis menahan lima lelaki pendatang asing tanpa izin (Pati) warga Filipina serta dua warga tempatan disyaki terlibat dalam jenayah pemerdagangan manusia, dalam satu sekatan jalan raya di Batu 5, Jalan Segama, dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, SAC Hamzah Ahmad berkata kesemua mereka yang berumur antara 27 hingga 57 tahun itu ditahan dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda kira-kira 11.30 malam.

“Tujuh lelaki berada dalam kenderaan itu termasuk pemandu tempatan berusia antara 27 dan 28 tahun.

“Manakala lima lagi tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah dan pemeriksaan itu juga menemukan beberapa buah beg berisi pakaian di ruang penyimpanan belakang kereta,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Hamzah berkata, siasatan turut mendapati kesemua mereka dari Ladang Kalabakan dan mahu ke Ladang Serimau, Kalabakan untuk bekerja di sana.

Kesemua tangkapan dan barang rampasan dibawa ke IPD Lahad Datu untuk siasatan lanjut dan disiasat mengikut Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007. – BERNAMA

Tags: Atipsompolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

22/10/2026
0

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan sedang menyiasat dua kes berasingan membabitkan penyebaran kandungan media sosial yang disyaki mempunyai unsur hasutan,...

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd