• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Setuju, Kamu Sibuk Sebab Apa – Anwar Ibrahim

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AYER KEROH – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar pihak yang mempertikaikan keputusannya untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson.

Ketua Umum PKR itu menegaskan, keputusan untuk bertanding dalam PRK dicapai hasil perbincangannya dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad serta kepemimpinan dalam Pakatan Harapan (PH), selain dalam PKR sendiri.

“Saya (sudah maklum) dan PM (Perdana Menteri) setuju, sekarang ini (kami) kawan baik. Sebab kami saling maaf kerana untuk majukan negara, kita fikir soal rakyat. Nak marah lama-lama sebab apa? Aku dengan Mahathir dah baik.

“Baik sebab apa, rakyat! Sebab nak selamatkan negara, nak selamatkan (negara) daripada perompak,” katanya ketika berucap pada Majlis Agenda Malaysia Baharu di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, malam tadi.

Majlis disertai seramai kira-kira 1,000 pemimpin dan ahli PKR negeri itu turut dihadiri Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Mengulas lanjut, Anwar berkata keputusannya untuk kembali ke Parlimen dipersetujui Mahathir, sebelum pengumuman dibuat oleh kepemimpinan parti.

Beliau berkata, keputusannya untuk bertanding dalam PRK itu juga adalah untuk memperkukuhkan serta melakukan transformasi dalam Parlimen yang turut dipersetujui Mahathir.

“Dia kata OK. Yang kamu (pengkritik) sibuk sebab apa? Tak jadi masalah. Nak bangkitkan apa lagi?,” katanya.

Akhbar melaporkan Anwar mengesahkan bertanding di Parlimen Port Dickson dalam usaha PH mengangkat beliau sebagai Perdana Menteri kelapan.

Pengumuman itu dibuat Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Danyal Balagopal Abdullah yang akan mengosongkan kerusi berkenaan bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding PRK pada sidang media khas di Ibu Pejabat PKR di sini, kelmarin. – BH ONLINE

Tags: Anwar IbrahimPRK Port DicksonTun Dr Mahathir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kesatuan Pekerja Bank Dakwa Telah Hantar 43 Surat Kepada PMX, Tetapi…

Kesatuan Pekerja Bank Dakwa Telah Hantar 43 Surat Kepada PMX, Tetapi…

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) mendakwa sebanyak 43 surat telah dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd