Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

“Gegar Vaganza Tak Kenakan...

TIDAK habis dengan kontroversi rumah tangga, kehadiran Elly Mazlein didalam Gegar Vaganza turut...

Ifa Terkilan, Roslan Shah...

KESAL... selebriti, Ifa Raziah akui tidak dapat menahan rasa sebak saat meluahkan tindakan...

Tukang Cuci Jumpa Jongkong...

SEORANG tukang cuci di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Korea Selatan menjumpai sesuatu yang...

“Rasa Nak Menangis Jumpa...

MADINAH - Rata-rata jemaah haji, pelajar dan rakyat Malaysia yang bekerja di Arab...

PM New Zealand, Anak Cipta Sejarah Di UNGA

NEW YORK – Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern, mencipta sejarah tersendiri apabila membawa bayi perempuannya, Neve, memasuki dewan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNGA), menggegarkan apa yang sehingga kini masih dianggap kelab pemimpin lelaki dunia.

Gambar Ardern, 38, mencium dan melambung anaknya yang berusia tiga bulan dalam dewan utama pada Sidang Kemuncak Keamanan Nelson Mandela menjelang UNGA tersebar ke seluruh dunia.

Jurucakap PBB, Stephane Dujarric, mengesahkan semalam itu adalah kali pertama dalam sejarah badan dunia berusia 73 tahun itu menyaksikan pemimpin wanita membawa masuk bayinya ke dalam dewan perhimpunan.

“Ia sesuatu yang baik dan kami gembira dengan kehadiran Neve dalam dewan Perhimpunan Agung.

“Dengan cuma lima peratus pemimpin wanita dunia, kita perlu melakukan sesuatu untuk membuatkan mereka berasa dialu-alukan,” katanya.

Kelibat Neve dan bapanya, yang memerhatikan Ardern bertugas menarik banyak ulasan positif di Amerika Syarikat, yang menyaksikan ramai bimbang pentadbiran Presiden Donald Trump membahayakan hak wanita.


“Saya tidak dapat menekankan betapa PBB dan kerajaan yang berada dalam badan dunia itu, perlukan ini,” tweet bekas duta AS ke PBB, Samantha Power.

Ardern, pemimpin wanita termuda dunia, menjadi Perdana Menteri kedua melahirkan anak ketika masih berkhidmat, selepas bekas Perdana Menteri Pakistan, Benazir Bhutto, pada 1990.

“Saya mahu menjadikan perkara ini satu kebiasaan.

“Jika mahu menjadikan tempat kerja lebih terbuka, kita perlu menyedari cabaran logistik, dengan lebih terbuka yang akan melorongkan laluan kepada wanita lain,” kata Ardern. — AFP

Kategori