• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKR Umum Kerusi Setelah Anwar Balik Dari HK Rabu Ini

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan bahawa pengumuman mengenai kerusi parlimen yang akan ditandingi Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya akan dibuat sekembalinya beliau dari Hong Kong, Rabu ini.

Beliau berkata Anwar telah menghubunginya semalam sebelum berlepas ke Hong Kong bagi memberi arahan untuk ‘mempersiapkan’ kerusi-kerusi berpotensi yang akan ditandingi presiden parti, yang dipilih itu dalam masa terdekat.

“Kerusi (berpotensi) itu asalnya tiga, tapi sehingga semalam setelah di ‘zoom in’ jadi dua, semalam dia telah hubungi saya untuk memberikan gambaran dan saya ada beberapa tugasan untuk disiapkan, mungkin waktu di Hong Kong nanti beliau akan buat keputusan satu daripada kerusi itu,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pemeriksaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) di sini hari ini.

Saifuddin, yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, berkata kerusi yang akan dipilih oleh Anwar itu nanti adalah kerusi paling selamat berdasarkan kepada kajian serta mengambil kira keputusan pada pilihan raya umum yang lepas.

“Kami sudah ambil kira semua termasuk keputusan pilihan raya umum yang lepas, peratus keluar mengundi, isu politik semasa yang berlegar serta isu dimainkan pembangkang selama pembangkang belum keluar tajuk politik perkauman, agama serta sengketa kaum,” katanya. – BERNAMA

Tags: PKRSaifuddin Nasution Ismail
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PKR Minta Kedutaan AS Bawa Datuk Bandar New York Zohran Mamdani Ke Malaysia

PKR Minta Kedutaan AS Bawa Datuk Bandar New York Zohran Mamdani Ke Malaysia

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa PKR, Dr Maszlee Malik mengemukakan permintaan kepada wakil Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di...

PMX Anwar Masih Dalam Proses Pemulihan Kesihatan – Fuziah

PMX Anwar Masih Dalam Proses Pemulihan Kesihatan – Fuziah

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi contoh teladan tentang komitmen,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd