• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKR NS Harap BN Tidak Bertanding PRK PD

oleh Ahmad Albab
22/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – PKR Negeri Sembilan tidak terkejut jika Barisan Nasional (BN) atau UMNO gagal meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson kerana melihat aliran kejatuhan parti berkenaan sudah bermula.

Pengerusi PKR negeri, Aminuddin Harun, berkata UMNO yang dominan dalam BN menghadapi terlalu banyak masalah dalaman ketika ini dengan terbaru beberapa pemimpin tertinggi mengumumkan keluar parti.

“Kita memang sudah menjangka UMNO tidak mampu bertahan selepas kalah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu kerana mereka sudah terbiasa berada dalam keadaan yang cukup selesa selama ini.

“Apabila tewas, mereka tiba-tiba menjadi pembangkang. Bukanlah kita mengharapkan pemimpin keluar parti seperti ini, kerana kita pun sebenarnya perlukan pembangkang yang berwibawa untuk menjalankan tugas menyemak dan mengimbangi kerajaan.

“Tapi itulah realitinya. Terpulang kepada mereka sama ada mampu bertahan atau tidak dengan kejatuhan ini. Apa pun, saya menjangkakan jika BN atau UMNO tiada calon, mereka pasti memberi laluan kepada PAS,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Besar, berkata demikian pada sambutan Hari Farmasi Sedunia dan Kempen Kenali Ubat Anda Peringkat Negeri Sembilan 2018 di Pasar Raya Mydin di Seremban 2, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S Veerapan dan Pengarah Kesihatan negeri, Dr Zainuddin Mohd Ali.

Mengulas mengenai penangguhan pemilihan PKR negeri daripada 29 September kepada 20 Oktober depan, Aminuddin berkata, keputusan Jawatankuasa Pemilihan Pusat parti itu, melegakan kerana semua pihak boleh memberi tumpuan kepada PRK Parlimen Port Dickson.

Ditanya bila Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan bertanding pada PRK berkenaan akan mula datang ke kawasan itu, Aminuddin berkata, beliau dijangka hadir pada majlis perasmian Pesta Tanglung Port Dickson, di Dataran Pantai Batu 1, malam esok. – BH ONLINE

Tags: Aminuddin HarunPRK Port Dickson
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Aminuddin Nafi Anak Dipanggil SPRM

06/02/2020
0

SEREMBAN - Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa anaknya dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Kesal Pegawai MB N.Sembilan Hina Wartawan ‘Bingai’

25/04/2019
0

SEREMBAN - Kelab Media Negeri Sembilan (MANIS) kesal dengan kenyataan pembantu kepada Menteri Besar Negeri Sembilan yang menggelarkan wartawan Sinar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd