• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peragut Dibelasah Orang Ramai

oleh Ahmad Albab
24/09/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LANGAT – Seorang peragut bukan setakat berputih mata malah terpaksa menanggung ‘azab dunia’ apabila turut dibelasah selepas ditahan orang ramai dalam kejadian di Jalan Kanchong Tengah, Banting, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian pada jam 1.15 petang itu, suspek berusia 22 tahun dicekup orang ramai selepas meragut beg tangan seorang wanita yang sedang menunggang motosikal di jalan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman, berkata mangsa kemudian mengejar suspek yang menunggang motosikal sehingga dia terbabas ke tepi jalan.

Menurutnya, orang ramai yang berada berhampiran lokasi kejadian turut membantu wanita yang bekerja di kedai serbaneka itu untuk menahan suspek.

“Di dalam beg tangan mangsa ada kad pengenalan, kad bank, telefon pintar serta wang tunai dan semuanya dianggarkan bernilai RM1,500.

“Suspek adalah seorang penganggur dan kawasan terbabit sunyi serta lengang semasa kejadian berlaku,” katanya kepada NSTP, hari ini.

Mohd Azizan berkata, suspek kemudian diserahkan kepada polis peronda yang tiba di lokasi kejadian selepas dimaklumkan orang ramai.

“Suspek dibawa untuk siasatan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat dan polis turut merampas motosikal dinaikinya.

“Keterangan mangsa sudah diambil dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya. – BH ONLINE

Tags: peragutpukul
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Pukul, Ugut Bekas Tunang Direman 4 Hari

Lelaki Pukul, Ugut Bekas Tunang Direman 4 Hari

01/10/2025
0

Ampang Jaya: Lelaki ditahan selepas memukul dan mengugut ingin menikam bekas tunangnya di sebuah rumah di Taman Bukit Indah, di...

Remaja Dipercayai Pukul Warga Emas Dengan Cota Hingga Maut

Remaja Dipercayai Pukul Warga Emas Dengan Cota Hingga Maut

20/06/2025
0

Tanah Merah: Lelaki warga emas maut dipercayai dipukul dengan sebatang besi cota di Kampung Buloh, Ipoh, di sini, semalam. Mangsa,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd