• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyelia Stesen Minyak Mengaku Ambil Wang Syarikat RM10K

oleh Ahmad Albab
18/09/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang penyelia stesen minyak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan melakukan pecah amanah hasil jualan wang syarikat berjumlah RM10,000, Jun lalu.

P.Sivakumar, 40, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Lelaki itu didakwa sebagai orang yang digajikan oleh The Malaya Lorry Service Co, yang diamanahkan dengan harta iaitu wang hasil jualan syarikat berjumlah RM10,000, telah melakukan pecah amanah wang tersebut untuk kegunaan peribadinya.

Dia yang tidak diwakili peguam dituduh melakukan kesalahan tersebut di Stesen Minyak Shell Jalan San Peng, di sini pada 13 Jun lepas mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda.

“Saya mengaku bersalah, memang saya yang ambil wang itu,” kata tertuduh yang kemudiannya menjelaskan kepada mahkamah bahawa dia telah bekerja selama lapan tahun dan terpaksa memikul bebanan besar namun tidak berbaloi dengan gaji yang kecil.

Timbalan Pendakwa Raya S. Malini Anne bagaimanapun memohon mahkamah menetapkan tarikh sebutan untuk menyediakan fakta kes sebelum hukuman dijatuhkan dan tidak menawarkan sebarang wang jaminan terhadap tertuduh.

Ahmad Kamal menetapkan 28 Sept untuk mendengar fakta kes serta menjatuhkan hukuman dan membenarkan bapa kepada tiga orang anak itu diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah. – BERNAMA

Tags: pecah amanahPenyelia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

P Ramasamy Didakwa Pecah Amanah Hampir RM860,000

P Ramasamy Didakwa Pecah Amanah Hampir RM860,000

14/05/2025
0

Butterworth: Bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini,...

Bekas Pengurus Besar Koperasi Polis Didakwa Pecah Amanah

Bekas Pengurus Besar Koperasi Polis Didakwa Pecah Amanah

05/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pengurus besar anak syarikat Koperasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengaku tidak bersalah di dua mahkamah berasingan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd