• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lim Guan Eng Jangan Jadi ‘Batu Api’ – Wan Rosdy

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Lim Guan Eng Jangan Jadi ‘Batu Api’ – Wan Rosdy
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail meminta Penasihat DAP, Lim Guan Eng supaya tidak jadi ‘batu api’ yang menyusahkan Kerajaan Perpaduan.

Menurutnya, beliau memandang serius kenyataan Guan Eng yang menyifatkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai rakan yang tidak boleh dipercayai dalam Kerajaan Perpaduan.

“Kenyataan sedemikian tidak membantu, malah boleh mengeruhkan keadaan ketika pimpinan BN dan Pakatan Harapan (PH) sedang berusaha mencari penyelesaian terhadap beberapa isu yang timbul kebelakangan ini

“Saya ingin mengingatkan Guan Eng agar tidak menjadi ‘batu api’ yang mampu mencetuskan masalah lebih besar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wan Rosdy yang juga Menteri Besar Pahang turut mengingatkan Guan Eng bahawa ramai dalam UMNO dan BN mempunyai pandangan negatif terhadap Penasihat DAP itu.

Bagainanapun, katanya, demi kestabilan politik dan kepentingan rakyat, UMNO dan BN perlu bertindak matang dan profesional.

“Sebagai pemimpin senior, tanggungjawab kita adalah untuk menyatukan dan memperkukuhkan Kerajaan Perpaduan.

“Bukannya mengeluarkan kenyataan yang boleh merosakkan hubungan antara parti-parti dalam kerajaan.

“Rakyat mahukan kestabilan dan penyelesaian, bukan pertelingkahan politik yang berpanjangan,” katanya. – MYNEWSHUB

 

Tags: Batu ApiDatuk Seri Wan Rosdy Wan Ismailkerajaan perpaduanLim Guan EngNaib Presiden UMNOPenasihat DAP
Share204Tweet128SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Minta Pemimpin Kerajaan Ambil Iktibar Kekalahan Besar Trump, Keluar Bilik Berhawa Dingin Dengar Keluhan Rakyat

Lim Guan Eng Minta Pemimpin Kerajaan Ambil Iktibar Kekalahan Besar Trump, Keluar Bilik Berhawa Dingin Dengar Keluhan Rakyat

05/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menggesa pimpinan kerajaan mengambil iktibar daripada kekalahan besar Parti Republikan pimpinan Presiden...

Lim Guan Eng Dakwa PMX Dikelirukan Berkenaan Caruman KWSP Pekerja Asing

Lim Guan Eng Dakwa PMX Dikelirukan Berkenaan Caruman KWSP Pekerja Asing

31/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diberikan maklumat salah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd