• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penganggur Mengaku Tidak Bersalah Letak Bom Di Sri Pentas

oleh Ahmad Albab
05/09/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membuat panggilan palsu meletakkan bom di dalam Bangunan Sri Pentas, Bandar Utama, Damansara, minggu lalu.

Nur Azhan Kamaluddin, 46, didakwa melakukan ugutan jenayah dengan membuat panggilan telefon ke pusat kawalan daerah Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya menyatakan telah meletakkan bom di Sri Pentas TV3, pada pukul 10.12 malam, 28 Ogos lalu mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun jika sabit kesalahan.

Terdahulu, ketika ditanya Majistret Salamiah Salleh mengenai kesihatannya, tertuduh mengakui bahawa dia mempunyai masalah mental sejak 20 tahun lalu.

“Saya ada penyakit jantung dan mental. Masa kejadian saya ada makan ubat tidur tapi tidak boleh tidur,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Shafiq Hasim tidak menawarkan sebarang wang jaminan namun pihaknya menyerahkan kepada budi bicara mahkamah sama ada untuk membenarkan jaminan atau tidak.

​​​​​​​”Tertuduh mempunyai masalah mental dan turut disertakan laporan perubatan mental. Ketika siasatan dijalankan, tertuduh menganggap dirinya Tuhan, jadi saya mohon tertuduh dirujuk ke hospital mental,” katanya.

Mahkamah memerintahkan tertuduh dirujuk ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan, Perak untuk pemeriksaan kesihatan dan menetapkan 4 Okt untuk laporan perubatan disediakan dan jaminan juga tidak dibenarkan kerana tertuduh akan dihantar ke hospital itu.

Pada 28 Ogos lalu, Bangunan Sri Pentas diarah untuk dikosongkan serta-merta susulan panggilan ancaman bom namun polis mengesahkan tiada objek mencurigakan ditemui. – BERNAMA

Tags: Ancaman BomTV 3
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Sahkan Terima Laporan Ancaman Bom Di Menara MBJB

Polis Sahkan Terima Laporan Ancaman Bom Di Menara MBJB

12/02/2024
0

Polis mengesahkan menerima laporan berhubung ancaman bom di Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di Bukit Senyum, di Johor Bahru...

Sekolah Terima Ancaman Bom, Polis Pulau Pinang Buka Dua Kertas Siasatan

Sekolah Terima Ancaman Bom, Polis Pulau Pinang Buka Dua Kertas Siasatan

21/11/2023
0

Georgetown : Polis Pulau Pinang membuka dua kertas siasatan susulan dua sekolah antarabangsa di negeri ini menerima ugutan ancaman bom,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd