• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penduduk Taman Serdang Harap Runtuhan Jambatan Ditangani Segera

oleh
13/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANDAR BAHARU – Penduduk Taman Serdang, di sini berharap pihak berkuasa akan segera membaiki jambatan yang runtuh bagi memudahkan mereka menjalankan urusan harian memandangkan jambatan itu merupakan laluan utama mereka.

Ini kerana laluan alternatif untuk penduduk sekitar taman itu untuk ke pekan Serdang terletak hampir satu kilometer dari lokasi runtuhan itu ke jalan utama

Tinjauan Bernama di lokasi kejadian hari ini mendapati kawasan jambatan runtuh itu masih dilingkar pita amaran polis serta dikawal oleh anggota penguatkuasa Majlis Daerah Bandar Baharu.

S. Yogeswary, 38, yang sudah menetap di taman itu sejak 23 tahun lepas berkata setelah jambatan itu runtuh menyukarkannya bergerak keluar untuk pergi kerja serta menghantar tiga anaknya ke sekolah kerana laluan alternatif sedikit jauh berbanding laluan melalui jambatan itu hanya lebih kurang 500 meter ke jalan utama.

“Bagi saya agak susah bila jambatan ini runtuh. Ini laluan utama kami. Sekarang saya rasa jauh bila nak keluar guna laluan alternatif ini, dengan jalan sempit dan berbengkang bengkok. Sebelum ini, kalau nak pergi bank, saya boleh berjalan kaki sahaja melalui jambatan ini, dekat sahaja…sekarang nak ke bank, dah tak boleh jalan kaki guna laluan alternatif, jauh saya kena pusing,” katanya.

Selain itu, Yogeswary yang bekerja kilang di Prai, Pulau Pinang berkata setakat ini dia masih lagi khuatir kemungkinan berlakunya runtuhan kali kedua di kawasan sekitar jambatan itu dengan meminta pihak berkaitan dapat mengambil langkah segera menangani masalah itu serta membaiki jambatan itu demi keselesaan dan keselamatan penduduk situ.

Berkongsi pendapat sama, penduduk taman itu Mohd Nasrul Aiman Mohd Rizam, 18, yang merupakan pekerja kilang berkata walaupun terdapat laluan alternatif kepada penduduk untuk keluar masuk ke jalan utama namun dia tetap berasa bimbang dengan kejadian runtuhan jambatan itu.

“Bagi saya guna laluan alternatif ini ulang alik pergi kerja tidak ada masalah…cuma takut kalau berlaku lagi runtuhan lain (runtuhan kali kedua) di sini. Jadi, saya berharap sangat pihak berkaitan percepatkan langkah tangani masalah runtuhan ini dan baiki segera jambatan ini untuk kami,” katanya.

Seorang lagi penduduk yang tinggal di Kampung Sungai Setol berdekatan taman itu Fuad Othman, 35, berkata laluan jambatan yang runtuh itu turut digunakan penduduk kampung berkenaan untuk keluar ke jalan utama serta ke masjid berdekatan taman itu.

“Ada juga laluan lain dari kampung kami untuk keluar ke jalan utama tetapi laluan jambatan itu juga digunakan penduduk kampung untuk ke masjid sebab lebih dekat. Jadi, bagi saya susah jugak kalau jambatan ini runtuh. Diharapkan pihak berkaitan boleh cepatkan kerja baik pulih laluan ini,” katanya.

Dalam pada itu, Pegawai Daerah Bandar Baharu Mohd Fauzi Mustaffa ketika dihubungi Bernama memaklumkan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) mengesyorkan keperluan membina jambatan baharu kerana jambatan sedia ada itu sudah tidak boleh dibaiki lagi.

“Tetapi penjelasan terperinci mengenai kos serta bilanya jambatan ini boleh dibina itu adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan…daripada segi soal peruntukan dan sebagainya itu kita serah kepada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan…saya tak boleh berikan maklumat lanjut berhubung pembinaan jambatan baharu ini,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata anggota penguatkuasa Majlis Daerah Bandar Baharu ditempatkan di lokasi kejadian itu bagi membuat kawalan keselamatan mengikut syif dari 8 pagi hingga 10 malam untuk memastikan penduduk tidak mendekati kawasan jambatan runtuh itu.

“Kita bimbang dengan keselamatan mereka…benda masih baharu takut ada yang nak datang dekat tengok lokasi kejadian…runtuhan sedia ada masih berlaku sikit-sikit, perlahan-perlahan, bimbang kalau hujan turun lebat, keadaan jadi bertambah buruk,” katanya.

Isnin lepas Muhammad Haikal Hakimi Mohd Noor dan Mohamad Haziq Ishak yang berumur 17 tahun maut selepas tertimbus dalam kejadian runtuhan jambatan berhampiran taman itu pada 10.15 malam. – BERNAMA

Tags: Insiden Jambatan Runtuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sempat Selamatkan Kucing Sebelum Keluar Rumah

11/09/2018
0

BANDAR BAHARU - Ibu salah seorang mangsa yang maut akibat jambatan runtuh di Taman Serdang malam tadi, memberitahu anaknya sempat...

Faktor Jambatan Kecil Antara Punca Awal Runtuhan Berlaku

11/09/2018
0

BANDAR BAHARU – Saiz jambatan yang agak kecil merupakan antara punca awal dikesan menyebabkan keruntuhan jambatan di Taman Serdang yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd