Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Kampung Numbak Diwarta Tapak...

SEPANGGAR – Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman hari ini mengumumkan pewartaan...

Amerika Syarikat Tetap Gergasi...

TIDAK dinafikan Amerika Syarikat (AS) telah bertahun mendominasi dunia. Baik dalam aspek intelek,...

Polis Bantuan Prasarana Berkas...

KUALA LUMPUR - Polis Bantuan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) berjaya memberkas seramai 21...

Kedatangan Pelancong Ke Malaysia...

PUTRAJAYA - Ketibaan pelancong ke Malaysia dari Januari hingga September tahun ini merosot 78.6 peratus...

Faktor Jambatan Kecil Antara Punca Awal Runtuhan Berlaku

BANDAR BAHARU – Saiz jambatan yang agak kecil merupakan antara punca awal dikesan menyebabkan keruntuhan jambatan di Taman Serdang yang mengorbankan dua nyawa malam tadi.

Jurutera Daerah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kulim-Bandar Baharu Mohd Idrus Amir berkata, ini kerana apabila arus air mengalir deras dan kapasiti air yang melalui jambatan tersebut meningkat, ia menyebabkan saluran air sedia ada tidak dapat menampung lebihan air yang melalui sehingga menyebabkan mendapan.

“Apabila situasi itu berlaku, ia menyebabkan air bergerak ke belakang dan menghakis sedikit demi sedikit tanah yang berada di bawah jambatan sehingga berlakunya runtuhan.

“Keadaan ini ditambah pula dengan hujan lebat sehingga aras air Sungai Serdang di bahagian hulu meningkat dan melalui kawasan ini, menyebabkan tekanan yang kuat,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.

Mohd Idrus berpendapat sekiranya jambatan yang berusia hampir 30 tahun itu dilebarkan sedikit, keadaan tidak mungkin seteruk itu, malah ia turut akan membolehkan masalah banjir kilat di beberapa kampung berdekatan dapat dikurangkan.

Dalam kejadian pada 10.15 malam tadi, Muhammad Haikal Hakimi Mohd Noor dan Mohamad Haziq Ishak, kedua-duanya berusia 17 tahun, maut apabila tertimbus dalam kejadian runtuhan jambatan berdekatan Taman Serdang di Serdang.

Sementara itu Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata beliau sudah mengarahkan JPS untuk turut sama membuat pemantauan di jambatan di seluruh daerah yang berpotensi runtuh bagi mengelak tragedi sama daripada berulang.


Katanya insiden yang berlaku semalam tidak dijangka kerana tiada tanda-tanda yang menunjukkan bahawa hakisan dan runtuhan akan berlaku.

Menurutnya dari aspek keselamatan, beliau telah berbincang dengan Ketua Polis Daerah Bandar Baharu DSP Barudin Wariso agar kawasan itu dikawal rapi bagi memastikan tidak ada orang awam yang mendekati lokasi kejadian kerana dikhuatiri akan berlaku runtuhan kecil.

“Kira-kira 1,000 rumah berada di kawasan ini namun buat masa sekarang kita ada laluan alternatif yang boleh digunakan penduduk untuk ke Pekan Serdang namun jaraknya agak jauh sedikit

“Kita juga akan pastikan bahawa langkah segerakan pembinaan pembaikan semula dibuat bagi keselesaan penduduk,” katanya. – BERNAMA

Kategori