Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Bajet 2018 Prihatin Pembangunan...

KUCHING - Bajet 2018 dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari...

Suami Ina Naim Tayang...

SIAPA saja yang tak sayangkan isteri? Jika difikirkan, setiap lelaki akan menyayangi isterinya dan...

Kesihatan Pulih, Sultan Ibrahim...

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dibenarkan keluar dari Hospital Sultan Aminah pada...

Isu LCS: Pemimpin Politik...

Pemimpin politik khususnya pembangkang perlu memohon maaf kerana menuduh Umno terbabit dengan penyelewengan...

Pemimpin UMNO, MCA Perlu Taubat, Bersara – Kit Siang

KUALA LUMPUR – UMNO dan MCA harus bertaubat, selain tampil mengemukakan permohonan maaf secara terbuka susulan perintah pengembalian semula dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sebelum ini diselewengkan ke Malaysia.

Veteran DAP, Lim Kit Siang, berkata kegagalan kedua-dua parti itu berbuat demikian bakal merencatkan kredibiliti mereka untuk menjadi ejen semak dan imbang sebagai pembangkang dalam sistem demokrasi negara.

Katanya, mereka harus mengaku bahawa pernah bersekongkol dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mengaburi skandal 1MDB sehingga ia disifatkan sebagai kes kleptokrasi global, sekali gus menjadikan Malaysia dipandang serong oleh pelbagai negara.

“Jika pemimpin MCA dan UMNO, termasuk barisan menteri terdahulu enggan bertaubat serta memohon maaf, maka tiada lagi masa depan untuk mereka merintis usaha reformasi parti supaya mampu memainkan peranan sebagai pembangkang yang telus serta konstruktif.

“Selepas membuat permohonan maaf kerana bersubahat dengan Datuk Seri Najib Razak membabitkan kes kleptokrasi global 1MDB, mereka (pemimpin MCA dan UMNO yang terdahulu) harus bersara daripada terus mendominasi barisan hadapan politik semasa.

“Kegagalan mereka berbuat demikian hanya mengundang kes berlanjutan seperti yang dapat disaksikan menerusi keputusan tiga Pilihan Raya Kecil (PRK), iaitu di Sungai Kandis, Balakong dan Seri Setia baru-baru ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Singapura meluluskan perintah pelupusan wang dianggarkan S$15.3 juta (RM45.93 juta) yang sebelum ini didapati diselewengkan daripada dana 1MDB dan/atau anak syarikatnya, iaitu SRC International Sdn Bhd.


Peguam cara Kerajaan Malaysia merangkap Kumpulan 1MDB, Tan Rajah & Cheah, ketika mengesahkan perkara itu hari ini berkata, usaha untuk mendapatkan semula aset lain yang diselewengkan daripada syarikat pelaburan strategik negara masih diteruskan.

“Dana yang dikembalikan ini merangkumi pelbagai mata wang negara dan ia akan dipindahkan ke akaun perolehan khas 1MDB di Kuala Lumpur,” katanya.

Kit Siang menyifatkan percaturan penyelesaian isu kleptokrasi menerusi penggabungan politik antara MCA, UMNO dan PAS demi mencerminkan imej yang lebih suci, sekali gus cuba meraih undi rakyat hanya kesilapan besar.

“Sejarah akan membuktikan bahawa mereka (MCA, UMNO dan PAS) tersilap langkah jika berpendapat langkah menyucikan diri dengan menubuhkan kerjasama politik mampu dijadikan sebagai penyelamat kes kleptokrasi global 1MDB.

“Rakyat Malaysia harus ‘membersihkan’ skandal 1MDB dan ia tidak boleh dilaksanakan dengan hanya sekadar melupakan kes kleptokrasi global berkenaan,” katanya. – BH ONLINE

Kategori