• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemilihan PKR Kecoh, Polis Dikerah Kawal!

oleh
22/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BARU sahaja bentuk kerajaan pusat, tetapi Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerima tamparan hebat apabila pemilihan kepimpinannya yang bermula hari ini dilaporkan kecoh sehingga ada ditutup.

Menurut pelbagai sumber, berlaku pergaduhan besar dalam kalangan ahli parti itu sendiri mengulangi ‘drama’ sama pernah berlaku di Selangor sehingga memaksa banyak cabang tempat pengundian di Kedah terpaksa dibatal.

Kekecohan tersebut sehingga memaksa pasukan cegah rusuhan ringan (LSF) polis dikerah bagi kawal keadaan di Pusat Pemilihan PKR Cabang Merbok di Cinta Sayang Resort, Sungai Petani dan ia tular menerusi media sosial.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah ketika dihubungi media turut mengesahkan mengenai kejadian huru-hara tersebut dan berkata, “Siasatan lanjut sedang dijalankan.”

Media difahamkan kekecohan itu berpunca daripada perasaan tidak puas hati ahli terhadap sistem e-undi (proses pengundian secara digital) yang diperkenalkan buat pertama kalinya apabila tiba-tiba tergendala akibat isu teknikal.

Pemilihan PKR dijalankan secara berperingkat-peringkat dengan menyaksikan Kedah dan Pulau Pinang sebagai pembuka gelanggang melibatkan seramai 105,056 ahli PKR selain untuk memilih Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

Seramai 800,000 anggota PKR seluruh negara layak mengundi pada pemilihan parti itu yang akan berlangsung sehingga 28 Oktober depan, menurut Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Datuk Rashid Din.

Beliau turut mengesahkan ada cabang yang terpaksa ditunda pemilihan pada hari ini antaranya ialah Merbok, Jerai, Padang Serai, Alor Setar, Sungai Petani, Sik, Baling dan Kulim/Bandar Baharu berikutan timbul masalah teknikal.

“Ada pelbagai sebab kita terpaksa tunda proses pengundian termasuk sistem e-undi tergendala, penyokong tidak sabar selain ada kelompok yang desak supaya pemilihan di cabang mereka ditangguh,” katanya. – Mynewshub.TV

Tags: PKR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PKR Tahu Bagaimana Untuk Bangkit Selepas Kalah – Fuziah

PKR Tahu Bagaimana Untuk Bangkit Selepas Kalah – Fuziah

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr Fuziah Salleh menegaskan PKR tahu bagaimana untuk bangkit selepas...

Peruntukan Parlimen: “Ini Duit Rakyat, Bukan Duit Parti Politik

Peruntukan Parlimen: “Ini Duit Rakyat, Bukan Duit Parti Politik

09/08/2026
0

PETALING JAYA - Ketua Pemuda MCA Petaling Jaya, Andy Teoh Tuck Wah turut mempersoalkan tindakan kerajaan yang didakwa menyalurkan peruntukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd