• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembuli Jalan Raya Ditahan

oleh Cj Mnh
25/09/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PULAU PINANG – Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam satu perkelahian di jalan raya di bulatan Bayan Indah dekat Queensbay di Bayan Lepas di sini semalam.

Lelaki berusia 30 tahun berasal dari Kuala Nerang, Kedah itu ditahan di Teluk Kumbar dekat sini pukul 12.15 tengah hari ini selepas polis menerima aduan daripada mangsa petang semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden A. Anbalagan berkata, dalam kejadian pukul 6.50 petang semalam, mangsa diekori oleh lelaki terbabit yang membunyikan hon beberapa kali sebelum dia bertindak memukul cermin sisi kereta mangsa.

“Tiba di lokasi kejadian, suspek berhenti di hadapan kereta mangsa dan menendang kereta yang dinaiki mangsa bersama isteri dan anaknya sambil memarahi mangsa sebelum merampas dua unit telefon bimbit milik isteri mangsa.

“Lelaki itu kemudian menarik rambut isteri mangsa yang cuba mengambil semula telefon bimbitnya. Jari isteri mangsa juga tercedera akibat kejadian itu,” katanya kes itu disiasat di bawah Seksyen 427/323 Kanun Keseksaan.

Tambahnya, lelaki terbabit akan dibawa ke Mahkamah Majistret Balik Pulau esok untuk mendapatkan perintah tahanan reman. – UTUSAN ONLINE

Tags: ditahanpembuli jalanan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan wanita yang menimbulkan kegusaran orang ramai kerana memarahi kanak-kanak yang berada di terminal Lapangan Terbang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd