• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LPT3 Diutama Berbanding Projek Mega Lain

oleh Cj Mnh
04/09/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memberi keutamaan kepada pembinaan projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3) berbanding projek mega lain untuk kemudahan penduduk di Terengganu dan Kelantan.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd Anuar Mohd Tahir berkata bagaimanapun sebarang keputusan untuk melaksanakan projek lebuh raya sepanjang 147 kilometer dari Kampung Gemuroh, Kuala Terengganu, Terengganu ke Pengkalan Kubor, Kelantan itu akan turut mengambil kira kedudukan kewangan kerajaan.

“Saya ingin tegaskan bahawa kementerian dan kerajaan akan mengambil perhatian serius berkenaan isu ini (pembinaan LPT3) dan saya hargai semua usaha YB (Yang Berhormat) dari Terengganu dan Kelantan yang memperjuangkan isu ini.

“Saya tidak dapat nafikan, kita kena ambil alih tugas kerajaan lama. Saya berharap kalau keadaan fiskal dan kewangan boleh diperbaiki dalam masa terdekat, isu ini akan diberi keutamaan, bukannya projek mega lain,” katanya ketika sesi soal jawab lisan pada persidangan Dewan Negara, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Engku Naimah Engku Taib yang ingin mengetahui status LPT3 selain berharap kerajaan dapat meneruskan projek itu.

Mohd Anuar berkata kementeriannya akan berbincang dan mendapatkan nasihat daripada kementerian dan agensi pusat lain seperti Kementerian Kewangan, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan Jabatan Peguam Negara sebelum membuat sebarang keputusan lanjut mengenai projek itu.

Menurutnya, berdasarkan Kajian Kemungkinan Awalan projek LPT3 yang telah siap pada 2009, sebanyak tiga daerah di Terengganu akan terlibat dalam projek berkenaan iaitu daerah Kuala Terengganu, Setiu dan Besut manakala di Kelantan melibatkan lima daerah iaitu Pasir Puteh, Bachok, Pasir Mas, Kota Bharu dan Tumpat. – BERNAMA

Tags: LPT3projek mega
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Projek Mega Termasuk ECRL Diteruskan

Projek Mega Termasuk ECRL Diteruskan

06/12/2022
0

PUTRAJAYA : Kerajaan memberi jaminan akan meneruskan projek mega berskala besar yang sedang dilaksanakan termasuk Projek Laluan Rel Pantai Timur...

Kajian Pembinaan LPT3 Selesai

Kajian Pembinaan LPT3 Selesai

06/09/2022
0

KUALA LUMPUR - Kajian pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT3) selesai dijalankan dan telah dikemukakan kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd