• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Projek Mega Termasuk ECRL Diteruskan

oleh Mohd Arshad
06/12/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Projek Mega Termasuk ECRL Diteruskan
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Kerajaan memberi jaminan akan meneruskan projek mega berskala besar yang sedang dilaksanakan termasuk Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, ia turut membabitkan Projek Laluan Lingkaran Transit Aliran Massa 3 (MRT3) dan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3).

Katanya, semua projek berkenaan telah dimulakan dan tiada masalah untuk diteruskan.

“Pendekatan kerajaan sekarang ialah apa sahaja projek yang sedang dilaksanakan akan diteruskan,” katanya pada sidang media selepas majlis ramah mesra bersama warga Kementerian Pengangkutan (MOT) di sini hari ini. .

Mengulas mengenai projek ECRL, beliau berkata projek itu sudah melalui banyak proses rundingan dan kajian semula termasuk perubahan laluan dan stesen.

“Kita tidak mahu sebarang bentuk penangguhan lagi ke atas projek mega ini dan ia sudah pun dimulakan dan berjalan dengan baik walaupun ada ketikanya kita tidak berapa setuju dalam beberapa perkara dan keputusan yang dibuat,” katanya.

Untuk rekod, projek ECRL sepanjang 665 kilometer itu dianggarkan menelan belanja sebanyak RM50.27 bilion membabitkan jajaran empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor.

Perkhidmatan berkenaan dijangka beroperasi pada Januari 2027 dan boleh menampung 5.6 juta penumpang setahun.

Ia juga boleh memuatkan 440 penumpang bagi satu perjalanan membabitkan enam gerabak dan ketika ini kemajuan keseluruhan projek ECRL berada pada sekitar 35.9 peratus.

-Berita Harian

Tags: ECRLprojek mega
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Curi Kabel ECRL: Dua Lagi Lelaki Berjaya Ditahan

Curi Kabel ECRL: Dua Lagi Lelaki Berjaya Ditahan

03/10/2025
0

TEMERLOH - Polis berjaya menahan dua lagi lelaki termasuk seorang warga asing dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri kabel Projek Laluan...

8 Kes Kecurian Kabel Tapak Projek ECRL Di Kuantan

8 Kes Kecurian Kabel Tapak Projek ECRL Di Kuantan

24/06/2025
0

Kuantan: Polis menerima lapan kes kecurian kabel membabitkan jumlah kerugian melebihi RM200,000 di beberapa tapak projek Laluan Rel Pantai Timur...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd