• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Pelacur Otai’ Berdepan Hukuman Sebatan Syariah

oleh Cj Mnh
26/09/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Seorang janda yang juga dikenali sebagai ‘pelacur otai’ mengaku salah terhadap pertuduhan persediaan untuk melacurkan diri di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu, di sini, hari ini.

Justeru, wanita berusia 45 tahun berasal dari Johor itu bukan saja berdepan hukuman penjara malah dia juga boleh dikenakan sebatan tidak lebih enam kali jika disabit kesalahan.

Tertuduh sebelum itu didakwa mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana perbuatan sebagai persediaan untuk melacurkan diri.

Bagi kesalahan itu, tertuduh yang mempromosikan khidmat seks menerusi aplikasi WeChat sebelum ini, boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau enam sebatan, jika disabitkan kesalahan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang kini menetap di Klang, Selangor, ditahan dalam serbuan di Duyong Marina & Resort, di sini, bersama seorang lelaki dipercayai pelanggannya, kira-kira jam 11 malam pada 19 September lalu.

Hasil siasatan, tertuduh mengaku menerima upah khidmat seks diberikan dengan mengenakan bayaran RM1,000 untuk satu malam daripada pelanggan terbabit sebelum lapan barangannya dirampas dan disita termasuk beberapa botol minyak, jel pelincir dan kondom yang masih tidak digunakan.

Pendakwaan dikendalikan Pendakwa Syarie, Mohd Kahzmizan Abdullah dihadapan Hakim Syarie, Kamalruazmi Ismail manakala tertuduh diwakili peguambela, Fazru Anuar Yusof.

Sejurus pengakuan salah tertuduh direkodkan, Kamalruazmi menetapkan 10 Oktober depan sebagai tarikh jatuh hukuman sementara itu membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 dengan dua penjamin yang mana salah seorang penjamin perlu terdiri daripada ahli keluarga terdekat.

Sebelum ini, NSTP ada melaporkan seorang pelacur ‘otai’ akhirnya dicekup selepas kegiatannya yang memberikan khidmat seks kepada lelaki hidung belang berjaya dihidu pihak penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT). – BH Online

Tags: Hukuman SebatPelacur
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hukuman Sebat Bukan Bertujuan Menghukum Secara Kejam – Ketua Hakim Syarie

Hukuman Sebat Bukan Bertujuan Menghukum Secara Kejam – Ketua Hakim Syarie

28/12/2024
0

PUTRAJAYA: Pelaksanaan hukuman sebat bagi pesalah syariah di Terengganu tidak bertujuan untuk menghukum secara kejam tetapi lebih kepada mendidik, mencegah...

DBKL Siasat Medan Selera Sedia Pakej GRO, Pelacur

DBKL Siasat Medan Selera Sedia Pakej GRO, Pelacur

22/06/2024
0

Kuala Lumpur : Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menyiasat premis medan selera di Jalan Kalong, Pudu, yang turut menyediakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd