• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, February 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DBKL Siasat Medan Selera Sedia Pakej GRO, Pelacur

oleh Mohd Arshad
22/06/2024
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
DBKL Siasat Medan Selera Sedia Pakej GRO, Pelacur
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menyiasat premis medan selera di Jalan Kalong, Pudu, yang turut menyediakan pakej pelayan khidmat pelanggan (GRO) dan pelacur.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Kamarulzaman Mat Salleh berkata, siasatan akan dijalankan susulan serbuan oleh pihak polis di medan selera itu.

“Kita akan mengambil tindakan mengikut bidang kuasa yang ada ke atas premis terbabit selepas siasatan dijalankan dan mendapati mereka melanggar syarat lesen yang dikeluarkan,” katanya kepada Harian Metro.

Muka depan Harian Metro hari ini melaporkan polis menyerbu sebuah medan selera di Jalan Gelang dan Jalan Kalong sebelum menahan 27 orang termasuk pelayan khidmat pelanggan (GRO) dan pelacur.

Serbuan dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman itu hasil pendedahan eksklusif Harian Metro sebelum ini berkaitan kegiatan medan selera menawarkan khidmat seks serendah RM100.

Ketua Penolong Pengarah D7 JSJ Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak dilaporkan berkata, siasatan mendapati premis beroperasi setiap hari dari jam 12 tengah hari sehingga 10 malam.

Menurutnya, premis menjalankan perniagaan berkonsepkan restoran dan kalung bunga serta menawarkan khidmat seks kepada pelanggan dalam restoran.

“Harga kalungan bunga mengikut warna iaitu RM50 bagi kuning, oren (RM20) dan merah (10) di mana pelanggan yang ingin mendapatkan khidmat seks dibawa ke bilik sewa di kediaman sebelah premis dengan bayaran RM100,” katanya dipetik.

-Harian Metro

Tags: DBKLMedan SeleraPakej GROPelacur
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

DBKL Sita Peralatan ‘Mobilegrapher’ Di Pintasan Saloma, KLCC

DBKL Sita Peralatan ‘Mobilegrapher’ Di Pintasan Saloma, KLCC

22/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita 23 peralatan jurugambar haram 'mobilegrapher' serta ambil tindakan terhadap penjaja air tanpa...

Pegawai Kanan Dalam ‘Top 5’ DBKL, 2 Kontraktor Ditahan Kes Rasuah Projek IT

Pegawai Kanan Dalam ‘Top 5’ DBKL, 2 Kontraktor Ditahan Kes Rasuah Projek IT

25/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang pengurusan tertinggi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang tadi. BH difahamkan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd