• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pekerja Hotel Bongkar Sumbang Mahram

oleh Cj Mnh
14/09/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Keprihatinan seorang pekerja hotel di Taman Ungku Tun Aminah (TUTA) di sini, menghubungi polis selepas melihat seorang lelaki dewasa mendaftar masuk ke hotel itu bersama seorang kanak-kanak perempuan, membongkar aktiviti sumbang mahram dilakukan lelaki terbabit.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 pagi semalam, pekerja hotel itu bertindak menghubungi Balai Polis TUTA kerana melihat lelaki berkenaan yang mencurigakan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad, berkata pihaknya yang menerima panggilan terbabit terus ke hotel berkenaan untuk menjalankan pemeriksaan lanjut.

“Sebaik tiba, polis mengetuk pintu bilik dan selepas kira-kira lima minit, pintu bilik dibuka oleh seorang lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan dalam keadaan hanya memakai tuala.

“Selepas membuat pemeriksaan, mendapati lelaki yang bekerja sebagai tukang cuci itu berusia 48 tahun dan kanak-kanak terbabit dalam lingkungan usia 10 tahun.

“Mangsa memberitahu bahawa suspek kerap membawanya keluar dan pada hari kejadian, mangsa mendapat kebenaran ibu dan bapanya untuk mengikut lelaki terbabit yang dikatakan bapa saudaranya.

“Suspek juga memberitahu bahawa dia adalah bapa saudara kepada kanak-kanak berkenaan dan katanya, dia mendapat kebenaran daripada ibu dan bapa kanak-kanak itu untuk membawanya keluar,” katanya.

Beliau berkata, suspek sudah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak yang berusia antara 25 hingga 28 tahun.

Katanya, kejadian seperti itu adalah kali kedua berlaku terhadap kanak-kanak terbabit.

“Polis kemudian membawa suspek dan mangsa ke Balai Polis TUTA untuk siasatan selanjutnya,” katanya.

Beliau berkata, kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 376A Kanun Keseksaan kerana sumbang mahram.

Mohd Taib turut mengucapkan terima kasih atas keprihatinan orang awam sehingga terbongkarnya perbuatan tidak bertanggungjawab itu. – BH Online

Tags: Pekerja Hotelsumbang mahram
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Peniaga Air Tebu Berdepan Hukuman Penjara 1,830 Tahun

24/02/2021
0

KLANG - "Boleh saya tanya, kenapa pertuduhan saya terlalu banyak?" Demikian kata seorang lelaki yang mencelah ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya....

Sultan Selangor Syor Hukuman Lebih Berat Penjenayah Seksual

20/11/2019
0

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dukacita dengan peningkatan kes jenayah seksual seperti rogol bawah umur dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd