• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peguam Azhar Azizan Dilantik Pengerusi SPR – KSN

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Peguam Azhar Azizan dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) baharu menggantikan Tan Sri Mohd Hashim Abdullah yang tamat tempoh perkhidmatan pada 1 Julai lepas.

Ketua Setiausaha Negara Dr Ismail Bakar dalam kenyataan hari ini berkata pelantikan tersebut telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, selaras dengan Fasal (3) Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata Azhar, 56, yang berkelulusan Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Malaya dan Sarjana Undang-Undang dari King’s College, University of London, kini berkhidmat sebagai peguam bela dan peguam cara di Tetuan Azhar & Goh dan mempunyai kepakaran dalam undang-undang pilihan raya.

“Azhar memulakan kerjaya guaman pada 1987 di Allen & Gledhill. Bermula tahun 1992, beliau berkhidmat sebagai peguam di Tetuan KH Koh, Azhar & Koh,” katanya.

Ismail berkata Azhar seterusnya berkhidmat di beberapa firma guaman terkemuka tanah air antaranya Tetuan Khaw & Hussein, Tetuan TH Su & Partners, Tetuan Lamin & Co, Tetuan Hisham Sobri & Kadir, Tetuan Shafee & Co dan Tetuan Cheang & Ariff.

“Dengan kelayakan serta pengalaman yang ada, saya yakin beliau akan dapat menjalankan tugas, kewajipan dan tanggungjawab sebagai Pengerusi SPR mengikut kehendak Perlembagaan Persekutuan dengan sempurna,” katanya. – BERNAMA

Tags: KSNSPR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Semua Kementerian, Agensi Kerajaan Diarah Terus Berfungsi Sekiranya Berlaku Sebarang Gangguan – KSN

Semua Kementerian, Agensi Kerajaan Diarah Terus Berfungsi Sekiranya Berlaku Sebarang Gangguan – KSN

04/11/2026
0

PUTRAJAYA - Semua kementerian dan agensi kerajaan perlu menyemak semula Pelan Kesinambungan Perkhidmatan atau Business Continuity Plan (BCP) masing-masing bagi...

SPR Tubuh 28 Pasukan Penguat Kuasa Pantau Kempen PRN Melaka

SPR Tubuh 28 Pasukan Penguat Kuasa Pantau Kempen PRN Melaka

31/10/2026
0

MELAKA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menubuhkan 28 Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya bagi memantau semua aktiviti calon yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd