• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasar Tani Kekal Catat Jualan RM169 Juta

oleh
25/09/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARAN – Pasar Tani Kekal (PTK) yang diwujudkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mencatatkan nilai jualan RM169 juta, dari Januari hingga Ogos 2018 kata Ketua Pengarahnya Datuk Ahmad Ishak.

Menurutnya setakat ini terdapat 27 PTK di seluruh negara, dengan lebih 1,500 usahawan yang mengusahakan pelbagai produk pertanian, perikanan dan makanan.

“Kewujudan PTK membantu meningkatkan pendapatan peserta. Kita percaya mereka memperoleh sekurang-kurangnya RM3,000 sebulan atau lebih lagi, selain memberi peluang kepada mereka yang mencari tapak berniaga.

“PTK juga memudahkan masyarakat mendapat bekalan makanan dan memendekkan rantaian makanan iaitu terus daripada sumber tanpa menerusi orang tengah yang dapat memberikan harga yang lebih berpatutan,” katanya selepas pelancaran Karnival@PTK Jengka 2018 di Bandar Tun Razak di sini hari ini.

Ahmad berkata setakat ini, terdapat lima buah PTK dalam pembinaan manakala 12 buah lagi sedang dalam perancangan bagi mewujudkan lebih banyak platform niaga yang selesa dan kondusif kepada peniaga dan pengguna.

“Perancangan ini bagaimanapun tertakluk kepada kesesuaian lokasi dan peruntukan, selain mendapat kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“Jika semuanya berjalan lancar, PTK sedikit sebanyak dapat membantu FAMA mencapai sasaran mewujudkan kira-kira 1,000 pasar tani di seluruh negara, yang setakat ini berjumlah 750 buah,” katanya.

Sementara itu, Ahmad memberitahu pihaknya sedang melakukan proses tapisan mencari 501 menu juadah popular dari semua negeri bagi menyertai Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Antarabangsa (MAHA) 2018.

“Kami memberi peluang kepada pegusaha makanan tradisional dan juga menu baharu atau inovasi produk makanan tradisi… sebagai contoh hari ini, di Pahang kita diperkenalkan dengan menu ikan patin tempoyak claypot.

“Begitu juga dengan inovasi pes pais patin. MAHA 2018 merupakan platform terbaik kepada pengusaha makanan baharu untuk mempromosikan produk makanan mereka,” katanya.

MAHA 2018 yang akan berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, Selangor selama 11 hari bermula 22 Nov depan menyasarkan lebih 3.5 juta pengunjung. – BERNAMA

Tags: FAMAPasar Tani
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

01/03/2025
0

PADANG BESAR: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengimport 650 tan kelapa tua bagi menampung keperluan permintaan menjelang Ramadan dan Aidilfitri...

Fama Tingkatkan Jualan Beras 2 Kali Ganda Minggu Depan

Fama Tingkatkan Jualan Beras 2 Kali Ganda Minggu Depan

21/09/2023
0

Kuala Lumpur : Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) akan meningkatkan jumlah jualan beras putih tempatan sebanyak dua kali ganda kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd