Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Banyak Perkara Dalam Wawasan...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini berkata, walaupun...

Jangan Guna Kemudahan Asas...

KOTA KINABALU - Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd...

Berdepan Banjir Besar Tak...

TATAU - Lebih seminggu lalu guru wanita ini terpaksa berdepan dengan situasi banjir...

Penyakit Misteri Ragut 18...

LAGOS - Satu penyakit misteri yang membunuh pesakit dalam tempoh 24 jam sudah...

Pasar Ikan Tsukiji, Lubuk Puluhan Ribu Tikus

TOKYO – Penduduk berhampiran pasar ikan terkenal Tsukiji yang bakal dipindahkan diberi peringatan mengenai kehadiran puluhan ribu tikus sebaik ia ditutup sepenuhnya pada 10 Oktober ini.

Menurut seorang pakar tikus, Tatsuo Yabe puluhan ribu tikus di situ cukup tertarik kepada sisa ikan dan makanan laut serta salur pembetungan di pasar berkenaan.

“Tikus-tikus ini akan mula berpindah secara besar-besar sebaik menghidu sesuatu yang luar biasa. Terutama pada hari pasar ini ditutup sepenuhnya, kita bakal menyaksikan peperangan sebenar,” kata seorang pegawai kerajaan Tokyo yang mengendalikan operasi anti-tikus berkenaan.

Pasar berusia 83 tahun di tapak seluas 23 hektar itu akan dipindahkan ke kelengkapan baru di sebuah dermaga berhampiran Toyosu, 2.3 kilometer dari tapak asal di Ginza.

Untuk menghalang perpindahan besar-besaran dari Tsukiji, pegawai Tokyo dibantu pakar pemusnah tikus, sibuk menutup salur keluar paip dan pembetung selain menutup lubang pagar dengan lembaran bergelombang.


Sebelum dirobohkan, mereka akan membina tembok keluli sepanjang tiga meter di sekeliling tapak pasar berkenaan dan perlahan-lahan bergerak untuk memerangkap tikus, kata komander operasi yang tidak mahu dikenali.

Mereka turut memasang 40,000 kepingan melekit untuk menangkap tikus, bersama-sama perangkap selain menggunakan 300 kilogram racun tikus. – AFP

Kategori