• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasangan Kekasih Dicekup Bersama Dadah

oleh Cj Mnh
06/09/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Sepasang kekasih dicekup ketika berada dalam keadaan khayal dipercayai akibat pengaruh dadah dalam satu serbuan di sebuah hotel di Taman Inderawasih, Perai, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, serbuan itu dilakukan sepasukan 11 anggota polis dari Balai Polis Perai.

Katanya, semasa pemeriksaan lanjut dilakukan terhadap pasangan yang masing-masing berusia 32 dan 23 tahun itu, polis menjumpai satu botol kaca yang telah diubah suai menjadi peralatan menghisap dadah.

“Turut dijumpai ialah satu beg kecil berwarna hitam yang mengandungi satu paket plastik lutsinar berisi hablur dadah jenis ‘methampethamine’serta satu pemetik api.

“Kedua-duanya kemudian ditahan dan barang kes juga dirampas sebagai bahan bukti,” katanya yang memberitahu kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 12(2) dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, kedua-dua suspek positif dadah jenis methampethamine hasil satu ujian saringan air kencing yang dijalankan.

Katanya, pasangan tersebut kini ditahan di lokap ibu pejabat polis daerah (IPD) SPT untuk siasatan lanjut.

“Semakan terhadap rekod lampau pula mendapati, suspek lelaki itu mempunyai lapan rekod kesalahan berkaitan dadah dan jenayah,” ujar beliau. – UTUSAN ONLINE

Tags: dadahpasangan kekasih
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd