• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Zahir Penghargaan Kepada Kerajaan Persekutuan

oleh Ahmad Albab
15/09/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS – PAS menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Persekutuan pimpinan Pakatan Harapan (PH) atas keputusan mengembalikan semula royalti petroleum kepada Kelantan dan Terengganu.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berterima kasih kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad atas kesediaan kerajaan berbuat demikian.

“Diucapkan terima kasih dan (keputusan ini) sangat positif kepada usaha untuk menghidupkan semangat federalisme yang dilemahkan dahulu,” katanya ketika menyampaikan ucap tama pada Muktamar Tahunan PAS ke-64 di sini hari ini.

Turut hadir buat julung kali memenuhi undangan pada muktamar itu ialah Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan beberapa pemimpin UMNO yang lain.

Abdul Hadi berharap banyak lagi ruang diberi kepada kerajaan negeri terbabit khususnya dalam aspek peruntukan pembangunan, kemudahan prasarana dan peluang pelaburan yang seimbang, tanpa mengira perbezaan politik.

Dalam pada itu, beliau berkata PAS bersikap damai terhadap Pakatan Harapan yang memegang tampuk pemerintahan negara ini.

Katanya, PAS juga bersedia untuk menjalin kerjasama politik dengan semua pihak bagi memastikan Islam memimpin perubahan.

“PAS tetap mengambil pendekatan politik damai dengan semua pihak termasuk musuh dan lawan, kerana inilah caranya untuk meramaikan ahli dan penyokong serta menjadi rahsia ketahanan PAS yang tidak pernah diharamkan sejak penubuhannya, berbeza dengan pengalaman gerakan Islam di negara lain,” katanya.

Beliau seterusnya berkata perlu ada sikap keterbukaan untuk meminda Perlembagaan dan akta-akta peninggalan penjajah dahulu ke arah memperkasa kedudukan Islam mengikut takrifnya yang sebenar, mengangkat hak Bumiputera dan bahasa kebangsaan di samping mengukuhkan sistem tadbir urus dan keadilan sosial dalam negara.

PAS turut mahu kerajaan pusat lebih berhati-hati dalam berhadapan dengan perang ekonomi antara kuasa besar khususnya China dan Amerika Syarikat serta bijak dalam soal membetulkan tanggapan salah terhadap Islam sehingga mencetuskan Islamofobia di negara barat. – BERNAMA

Tags: Kerajaan PHPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Seputeh DAP, Teresa Kok mendakwa Langkawi kini ketinggalan berbanding Phuket dan Bali sebagai destinasi pelancongan....

‘Ekstremis Dalam UMNO, PN dan Pas Patut Berasa Malu’ – Lim Guan Eng

‘Ekstremis Dalam UMNO, PN dan Pas Patut Berasa Malu’ – Lim Guan Eng

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Guan Eng mendakwa Barisan Nasional (BN), UMNO, Perikatan Nasional (PN) dan Pas patut berasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd