Saturday, May 4, 2024

Creating liberating content

Konflik Iran-Israel: TH Teruskan...

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi...

Raja Azura Rindu Bersiaran,...

KUALA LUMPUR, 4 Jun 2020 - Penghibur serba boleh Raja Azura dan Alif Satar diumum antara pemenang Anugerah Jenama yang Dipercayai anjuran majalah antarabangsa Reader’s Digest bagi tahun 2020 bagi kategori Personaliti.

‘Oi! Muncul Juara RLIR...

LANGKAWI - Pasukan 'Oi! dari Australia merangkul kejuaraan Regata Antarabangsa Diraja Langkawi (RLIR)...

Samirah Tak Setuju Duit...

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini, hari ini diberitahu tertuduh pertama kes...

PAS, UMNO Mahu Calon Seri Setia Isytihar Harta

SHAH ALAM – PAS dan UMNO sepakat mahu kedua-dua calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia mengisytiharkan harta sebelum hari mengundi Sabtu ini.

Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir, berkata ia perlu dilakukan agar rakyat berpeluang memilih calon yang paling layak serta bersih sebagai wakil mereka.

“Kami sudah membincangkan perkara ini dalam mesyuarat jawatankuasa bersama UMNO dan PAS sebentar tadi dan bersetuju kedua-dua calon termasuk calon Pakatan Harapan (PH), Halimey Abu Bakar perlu mengisytiharkan harta mereka.

“Saya rasa proses berkenaan tidak mengambil masa yang lama terutamanya sebagai bekas ahli majlis, saya fikir tidak banyak yang perlu dikira,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa bersama PAS dan UMNO di Pejabat PAS Selangor, di sini, hari ini.

Yang turut hadir adalah Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehin Mukhyi dan Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sementara itu, calon PAS, Dr Halimah Ali, berkata beliau tidak mempunyai sebarang isu jika ada yang mahukannya mengisytiharkan harta sebelum hari mengundi.

“Sebagai bekas EXCO kerajaan negeri, saya pernah melakukan pengisytiharan aset dan ia boleh dilihat di laman sesawang kerajaan negeri.

“Saya tiada masalah jika ada yang mahukan saya melakukannya sekali lagi kerana tidak banyak pertambahan daripada apa yang sudah saya isytiharkan sebelum ini,” katanya.


Pada mesyuarat berkenaan, kedua-dua parti yang kini di blok pembangkang bekerjasama menyokong Dr Halimah yang akan menghadapi calon PH, Halimey Abu Bakar, Sabtu ini.

Ismail Sabri pula berkata, pihaknya menyeru pengundi di Seri Setia keluar mengundi esok dan memberikan kemenangan kepada calon PAS.

“Pada PRK Sungai Kandis, hanya 49 peratus yang keluar mengundi. Ia mungkin tanda protes rakyat terhadap kerajaan baharu yang ternyata tidak melaksanakan manifesto yang dijanjikan.

“Jika mahu protes kepada kerajaan, tidak keluar mengundi sahaja tidak mencukupi sebaliknya keluar mengundi dan pastikan calon pembangkang menang,” katanya. – BH ONLINE

Kategori