• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Bukan Pesaing Anwar – PAN

oleh Ahmad Albab
27/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – Parti Amanah Negara (Amanah) menyifatkan PAS yang akan meletakkan calonnya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson tidak akan mampu menyaingi ketokohan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Naib Presidennya yang juga Anggota Parlimen Tampin, Dr Hasan Baharom berkata beliau melihat ketua umum PKR itu tidak berdepan masalah untuk mengekalkan status quo parti di kerusi berkenaan.

“PAS bukan saingan Anwar dalam PRK Port Dickson dan mereka hanya sekadar bertanding dan kita tahu mengapa mereka nak masuk bertanding iaitu tidak mahu memberikan kemenangan mudah buat Anwar.

“Itu hak dialah (PAS) nak bertanding. Calon kita (Pakatan Harapan) semua orang tahu kerana beliau juga bakal perdana Menteri yang kelapan. Kita percaya semua orang mahu Datuk Seri Anwar menang dan mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Rakyat selepas menang nanti,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendirian PAS semalam yang ingin meletakkan calonnya pada PRK itu selepas merasmikan Bilik Operasi Pemuda Amanah di Taman Belida, di sini.

Turut hadir, Naib Pengerusi Amanah Negeri Sembilan Mustafar Ab Kadir dan Ketua Pemuda Amanah Pusat Mohd Sany Hamzan.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam dilapor sebagai berkata parti itu akan meletakkan calon bagi PRK Parlimen Port Dickson dan pengumuman calon akan dibuat malam ini.

Sementara itu Hasan berkata Amanah akan bekerja keras memastikan kemenangan Ketua Umum PKR itu di kerusi berkenaan.

PRK Parlimen Port Dickson setakat ini menarik minat beberapa pihak lain selain Anwar iaitu dua parti politik, PAS dan Parti Rakyat Malaysia, selain calon bebas Stevie Chan Keng Leong untuk mengambil bahagian.

Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, pada 12 Sept lepas untuk membolehkan Anwar yang baru-baru ini menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden PKR, bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, 9 Mei lepas, Danyal Balagopal memenangi kerusi itu dengan majoriti selesa 17,710 undi mengalahkan calon BN Datuk V.S. Mogan dan Mahfuz Roslan daripada PAS. – BERNAMA

Tags: PASPRK Port Dickson
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Seputeh DAP, Teresa Kok mendakwa Langkawi kini ketinggalan berbanding Phuket dan Bali sebagai destinasi pelancongan....

‘Ekstremis Dalam UMNO, PN dan Pas Patut Berasa Malu’ – Lim Guan Eng

‘Ekstremis Dalam UMNO, PN dan Pas Patut Berasa Malu’ – Lim Guan Eng

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Guan Eng mendakwa Barisan Nasional (BN), UMNO, Perikatan Nasional (PN) dan Pas patut berasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd