• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pakar Peta Google Dakwa MH370 Dalam Hutan Kemboja

oleh Ahmad Albab
05/09/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Seorang pakar pemetaan dari United Kingdom (UK) mendakwa dia menemui pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang dengan menggunakan aplikasi peta, Google Maps, lapor sebuah akhbar semalam.

Ian Wilson percaya bahawa bangkai pesawat yang membawa 239 orang itu berada jauh di dalam hutan tebal di Kemboja.

Wilson merancang untuk mengembara ke lokasi tersebut bagi membuktikan kebenaran teorinya.

Pesawat malang itu berlepas dari Kuala Lumpur menuju Beijing pada 8 Mac 2014 bersama 227 penum­pang dan 12 kru.

Bagaimanapun, ia hilang semasa penyerahan tugas kawalan antara pengawal trafik udara Malaysia dan Vietnam, manakala transpon­der pesawat telah ditutup.

Wilson memberitahu akhbar Daily Star Online: “Saya meneliti Google Earth berjam-jam untuk mencari lokasi di mana pesawat itu jatuh.

“Akhirnya, seperti mana anda boleh lihat lokasinya. Ia berada di kawasan hutan paling tebal dan paling gelap (di Kemboja.)”

Para penyiasat melakukan segala usaha sejak pesawat jenis Boeing 777-200 itu hilang. Di sebalik menerbitkan laporan setebal 1,500 muka surat, mereka mengaku masih tidak pasti apa yang berlaku kepada pesawat malang itu.

Sementara itu, Arkib Biro Siasatan Pesawat berkata, pihaknya tidak dapat menolak atau mengesahkan penemuan di Google Maps itu adalah MH370. – Agensi/BH ONLINE

Tags: Google MapsMH370
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd