Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Lynas Malaysia Terima Anugerah...

KUALA LUMPUR - Komitmen Lynas Malaysia dalam meningkatkan kesihatan dan keselamatan pekerjaan menerima...

Sabah Juara Sulung Ragbi...

IPOH - Kemenangan pasukan ragbi 7-sebelah wanita Sabah pada temasya Sukan Malaysia (Sukma)...

Lelaki Temui Ajal Selepas...

JEMPOL - Seorang lelaki meninggal dunia selepas selesai mengurut kaki di sebuah pusat...

Tol Percuma Empat Hari...

PUTRAJAYA : Kerajaan melaksanakan pemberian tol percuma iaitu pengecualian bayaran tol selama empat...

Najib Sindir Rafidah Kerja 1/2 Hari Ambil Masa 3 Bulan

LAMANYA… Kerajaan Pakatan Harapan (PH) jelas membuktikan bukanlah hebat cekap sangat apabila pekerjaan yang boleh siap dalam masa setengah hari tetapi tiba-tiba menjadi tiga bulan!

Begitulah sindiran Datuk Seri Najib Razak terhadap Tan Sri Rafidah Aziz sambil mempersoalkan tempoh tiga bulan yang kononnya diperlukan untuk mengesahkan dakwaan bekas menteri era Tun Dr. Mahathir Mohamad tersebut.

Ia mengenai kes sebuah syarikat dimiliki tiga individu dikatakan ‘kuasai’ 40,000 hektar tanah milik Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dieksploitasi PH ketika kempen Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Walhal ujar mantan Perdana Menteri itu, ia boleh diselesaikan dalam masa tidak sampai setengah hari. Malangnya tohmahan tidak benar itu menyebabkan majoriti anggota tentera percaya hasutan jahat tersebut dan mengundi PH.

“Sekadar memeriksa surat hakmilik sudah tahu. Tidak sampai setengah hari pun. Saya tahu tuduhan beliau tidak benar sama sekali,” kata Najib dalam satu hantaran menerusi akaun sosial Facebook milik beliau pada Jumaat.

Beliau mengulas kenyataan Rafidah semalam memetik laporan berita pada 14 Jun yang berdasarkan kenyataan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu sebagai berkata bahawa dakwaan itu kononnya masih lagi sedang disiasat.

Rafidah seperti dilaporkan media semalam mempersoalkan kenapa Najib begitu galak sangat minta segera disiasat berhubung tuduhan tersebut dan mendakwa terdapat kertas mesyuarat kabinet bagi membuktikan dakwaannya itu.


Lucunya, bekas Ketua Wanita UMNO itu dengan angkuh berkata konon pentadbiran PH hari ini boleh dedahkan kes tersebut dengan merujuk isu pemindahan beberapa kem tentera yang uzur dan lokasi tidak sesuai di seluruh negara.

Najib sebelum ini pernah membangkitkan apa sudah jadi dengan dua pertuduhan yang dilemparkan oleh Rafidah terhadapnya sebelum PRU ke-14 lalu apabila sehingga lebih 100 hari PH berkuasa, langsung senyap begitu sahaja!

Menyifatkan dakwaan tersebut sebagai fitnah, Najib berkata tuduhan palsu itu sengaja disasarkan kepada BN untuk mencetuskan kemarahan anggota tentera menjelang PRU yang selama ini setia tidak pernah sokong pembangkang.

Malahan kata Najib, kerajaan PH yang telah berkuasa selama lima bulan boleh memulakan siasatan terhadap isu berkenaan jika betul ia ada asas kukuh dan dakwa pihak yang terbabit. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori