• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Musa Aman Tiba Di Kota Kinabalu Hari Ini

oleh Ahmad Albab
05/09/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman hari ini selamat tiba di Sabah dari Kuala Lumpur selepas menjalani rawatan perubatan di sebuah hospital swasta di Subang Jaya.

Beliau tiba dengan pesawat khas pada jam 12.28 tengah hari di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), disambut ribuan penyokongnya yang melaungkan ‘Musa Aman’, dan ‘Allahuakbar’.

Musa yang memakai suit hitam dan bersongkok serta berjalan menggunakan tongkat, disambut dengan laungan azan sebelum menantunya Datuk Mohd Ariffin Mohd Arif membacakan doa selamat.

Ketibaan Musa turut disambut beberapa pemimpin UMNO negeri termasuk Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Hajiji Noor bersama anggota lain antaranya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Datuk Azizah Mohd Dun, Datuk Jainab Ahmad Ayid dan Datuk Seri Masidi Manjun.

Sebelum keluar di pintu ketibaan, beliau sempat mengangkat tangan kepada penyokongnya yang berada di perkarangan lapangan terbang yang menanti ketibaannya sejak jam 10 pagi.

Beliau kemudiannya meninggalkan perkarangan lapangan terbang menaiki kenderaan jenis Toyota Alphard.

Anggota keselamatan terpaksa mengetatkan kawalan keselamatan kerana keadaan yang terlalu sesak, bagaimanapun keadaan terkawal.

Semasa di dalam kenderaan, Musa terus melambai-lambaikan tangan melalui tingkap kenderaan yang terbuka, kepada penyokongnya yang berbaris di sepanjang jalan raya.

​​​​​​​Difahamkan, dari KKIA, Musa terus ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah untuk mengangkat sumpah sebagai Anggota DUN Sabah.

Sebelum ini, Musa dilaporkan mendapat rawatan di London, pulang ke tanah air selepas tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, jam 6.45 petang, pada 21 Ogos, dari Seletar, Singapura.

Musa, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Sibuga, dilaporkan meninggalkan negara ini ke London pada 16 Mei untuk menjalani rawatan perubatan di London.

Beliau kini dikehendaki polis berhubung dakwaan ugutan jenayah terhadap Yang Dipertua Negeri Sabah pada majlis angkat sumpah 10 Mei lepas.

Selain itu, beliau turut disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung dakwaan menyogok Anggota Dewan Undangan Negeri. – BERNAMA

Tags: angkat sumpahMusa Aman
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PH Sabah Terkejut Cadangan Lantik Musa Jadi Ketua

PH Sabah Terkejut Cadangan Lantik Musa Jadi Ketua

15/09/2023
0

PH Sabah akan mengadakan mesyuarat bersama dalam tempoh terdekat sebagai persediaan parti itu menghadapi pilihan raya negeri (PRN) akan datang....

40 ADUN Pulau Pinang Angkat Sumpah 29 Ogos Ini

40 ADUN Pulau Pinang Angkat Sumpah 29 Ogos Ini

25/08/2023
0

GEORGE TOWN: Kesemua 40 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang akan mengangkat sumpah pada 29 Ogos ini. (Ada rancangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd