Tuesday, April 30, 2024

Creating liberating content

Kaji Akta Pembaziran Makanan...

KUALA LUMPUR - Isu pembaziran makanan bukanlah satu perkara baharu di negara ini,...

Hormati Ramadan, Elak Perbuatan...

LIPIS - Umat Islam diingatkan supaya menghormati kehadiran Ramadan dengan tidak membuat fitnah,...

Kumpulan Samun ‘Nuar Ayam’...

RANTAU PANJANG - Polis berjaya menumpaskan kumpulan samun 'Nuar Ayam' yang bergiat aktif...

Latheefa Tak Dapat Sahkan...

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya memberitahu...

MB Terengganu Beri Semangat Kepada Calon UPSR

KUALA TERENGGANU – “Trust yourself and be confident (percayakan diri dan yakin),” itu kata azimat yang dilontarkan Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, kepada calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Sulaiman 2, di sini, hari ini.

Beliau meluangkan masa selama 15 minit untuk memberikan kata semangat kepada 141 murid Tahun Enam di sekolah berkenaan sebelum mereka menduduki hari pertama peperiksaan UPSR.

Sebelum itu, Dr Ahmad Samsuri turut meluangkan masa selama 15 minit di SK Sultan Sulaiman 1 sebagai tanda sokongan moral kepada calon UPSR di sekolah berkenaan.

Beliau turut meluangkan masa untuk beramah mesra bersama calon UPSR dan ahli keluarga yang hadir menemani anak mereka menduduki peperiksaan di sekolah berkenaan.

Pada hari pertama UPSR, seramai 20,220 murid Tahun Enam di seluruh negeri ini menduduki kertas peperiksaan Bahasa Malaysia (BM) Pemahaman dan Penulisan bermula jam 8.15 pagi.


Sebanyak 364 pusat peperiksaan dijadualkan beroperasi di seluruh negeri ini membabitkan 2,644 petugas sepanjang UPSR dijalankan.

Selain itu, seramai 64 Calon Berkeperluan Khas (CBK) turut menduduki ujian sama mengikut pecahan iaitu seramai 34 calon dikategorikan terencat akal atau menghadapi masalah pembelajaran, satu (buta), dua (pelbagai kecacatan), sembilan mengalami kecacatan fizikal, 10 (pekak) dan lapan calon menghadapi masalah rabun. – BH ONLINE

Kategori