• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Maut Selepas Jaket Tersangkut Rantai, Soket Motosikal

oleh Cj Mnh
07/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Seorang lelaki berusia 35 tahun maut selepas jaket dipakainya tersangkut pada rantai dan gegancu (sprocket) motosikal dinaiki sebelum terbabas dalam kemalangan di Kilometer 14.8 Lebuh Raya Butterworth-Kulim, jam 2.55 petang semalam.

Dalam kejadian itu, mangsa Teh Chin Tatt yang membonceng bersama bapanya, Teh Bah Kechee, 69, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata mangsa dalam perjalanan ke Butterworth dan sebaik tiba di lokasi kejadian, jaket putih dipakai mangsa tersangkut pada bahagian rantai dan gegancu motosikal jenis Honda EX5 itu.

“Ekoran itu, motosikal dinaiki mangsa bersama bapanya terbabas di laluan utama lebuh raya berkenaan.

“Mangsa parah di kepala sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala bapanya yang cedera dihantar ke Hospital Seberang Jaya bagi mendapatkan rawatan,” katanya.

Beliau berkata, dua beranak berkenaan beralamat di Taman Bagan Jermal, Butterworth.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BH Online

Tags: kemalanganmotosikal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd