• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mat Sabu Berada Di AS Lakukan Lawatan Kerja

oleh Ahmad Albab
24/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan Mohamad Sabu kini berada di Amerika Syarikat untuk lawatan kerja dan mengiringi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) pada 25 hingga 29 Sept ini.

Kementerian Pertahanan dalam kenyataan berkata Mohamad dan isteri Normah Alwi, yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Washington Dulles pada Ahad, dijadual bertemu dengan rakan sejawatannya Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, James Norman Mattis.

“Lawatan kerja Mohamad ke Washington DC adalah merupakan susulan kepada pertemuan beliau dengan Mattis di Singapura pada Jun lepas.

“Tujuan lawatan kerja ini ialah untuk menyambung perbincangan berkaitan dengan kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara di samping mengekalkan hubungan dua hala Malaysia dan Amerika Syarikat,” menurut kenyataan itu.

Semasa di New York pula, Mohamad dijadual menghadiri mesyuarat peringkat tertinggi berhubung ‘Action For Peacekeeping’.

Turut mengikuti lawatan kerja itu ialah Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin dan pegawai-pegawai kementerian berkenaan. – BERNAMA

Tags: Amerika SyarikatMat Sabu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Terima Menghadap Dr. Omar Suleiman

Tunku Mahkota Ismail Terima Menghadap Dr. Omar Suleiman

31/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima menghadap Dr. Omar Suleiman hari ini. Menurut laman media...

Bang Mat Turut Tersenyum, Raikan Sepanyol Juara Piala Dunia 2026

Bang Mat Turut Tersenyum, Raikan Sepanyol Juara Piala Dunia 2026

20/07/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Kejayaan Sepanyol menjuarai Piala Dunia FIFA 2026 turut mencuri perhatian Mohamad Sabu yang secara terbuka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd