• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Maszlee ‘Terkejut’ Peserta Demo Duduk Ditangkap!

oleh
08/09/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEJUTAN… Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik dilaporkan tidak tahu menahu kenapa peserta demo duduk anjuran sekumpulan mahasiswa tiba-tiba terpaksa ditangkap oleh pihak berkuasa!

Mengulas mengenai perkara tersebut menerusi akaun sosial Twitter milinya, beliau mendakwa konon ambil maklum mengenai demonstrasi aman mahasiswa bantah dirinya di pejabat kementerian itu di Putrajaya pada malam tadi.

Namun Maszlee berdalih, ada meminta pihak berkuasa tidak tangkap peserta terbabit dan berjanji akan melakukan siasatan mengapa berlaku penahanan tidak diduga itu sambil berharap mahasiswa terlibat dapat hak sepatutnya.

“Saya dimaklumkan mereka telah ditangkap malam tadi dan diberitahu kini mereka telah dibebaskan. Saya sedang meneliti mengapa mereka ditangkap kerana saya telah memaklumkan agar pihak berkuasa tidak menangkap.

“Saya akan menyiasat lanjut kes ini dan berharap semua mahasiswa yang terlibat demonstrasi duduk bantah ini berada dalam keadaan baik dan mendapat hak yang sewajarnya,” ujar Maszlee merujuk insiden pelik berkenaan.

Beliau bagaimanapun mengingatkan orang ramai khususnya mahasiswa supaya tidak melakukan sebarang tunjuk perasaan, bantahan atau demonstrasi di dalam bangunan sebagai protes terhadap kontroversi mengenai dirinya.

Baca: Demo Duduk Sampai Maszlee Letak Jawatan

Ia susulan pelbagai pihak melahirkan perasaan tidak puas hati ekoran Maszlee dilantik menjadi Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kelmarin yang dianggap amat bercanggah janji manis Pakatan Harapan (PH).

Beliau sebaliknya mendakwa konon kerajaan PH tidak pernah melarang mahsiswa berkumpul dan menganjurkan demonstrasi tetapi setiap yang dilakukan mereka itu perlulah mengikut lunas undang-undang ditetapkan.

“Ini kerana saya percaya dengan membenarkan mahasiswa ini berkumpul dan membuat demonstrasi aman adalah bukti pertama kita meraikan kebebasan dan komitmen kerajaan PH untuk menjunjung prinsip demokrasi.

“Tetapi saya juga mohon agar duduk bantah ini jangan dibuat di dalam bangunan kerana ianya melibatkan isu keselamatan kementerian seluruhnya,” katanya mengulas bantahan di Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.

Mereka dipercayai terpaksa berbuat demikian sebagai tanda protes dan menggesa Maszlee meletak jawatan sebagai Presiden UIAM sebelum kumpulan itu ditangkap dan kemudiannya dibebaskan hari ini. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Maszlee MalikUIAM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Profesor Berjasa Perlukan Bantuan: Inisiatif Kutipan Dana Dilancarkan

Profesor Berjasa Perlukan Bantuan: Inisiatif Kutipan Dana Dilancarkan

27/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Orang ramai diseru tampil menghulurkan bantuan bagi meringankan beban seorang pensyarah berpengalaman yang telah banyak berjasa dalam...

‘Anwar Tak Janji Jawatan Apa Pun, Cuma Minta Pengorbanan’

‘Anwar Tak Janji Jawatan Apa Pun, Cuma Minta Pengorbanan’

09/01/2023
1

Bekas menteri pendidikan Maszlee Malik menjelaskan spekulasi di sebalik teguran Perdana Menteri Anwar Ibrahim dikongsinya sebelum ini tidak menjanjikan sebarang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd