• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Maszlee Punyai Misi Kembalikan Kegemilangan UIAM

oleh
12/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata pelantikannya sebagai presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) akan diguna untuk mengembalikan kegemilangan universiti itu sehingga mampu muncul sebagai ‘Oxford of Muslim countries’.

Beliau menarik perhatian bahawa UIAM sejak beberapa tahun kebelakangan ini dilihat menurun dari segi prestasinya.

“Dengan kedudukan Menteri Pendidikan sebagai presiden… saya cuma ingin melaksanakan misi dan tanggungjawab yang diamanahkan UIAM, dan saya akan lakukan yang terbaik, kemudian saya akan letak jawatan (sebagai presiden universiti),” katanya.

Maszlee ditemui pemberita di sini malam ini selepas mengadakan pertemuan dengan sekumpulan pelajar yang antara lain mahu beliau melepaskan jawatan presiden UIAM.

Mengulas lanjut, beliau berkata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri ada memberitahunya bahawa UIAM berpotensi menjadi setaraf dengan Universiti Oxford di United Kingdom.

Menurut Maszlee, warga UIAM kini bersedia melakukan perubahan ke arah kegemilangan itu dan beliau tidak mahu mengecewakan harapan tersebut.

Beliau menegaskan kedudukannya sebagai presiden UIAM tidak akan membantutkan komitmen kementerian untuk memastikan semua univesiti di negara ini mencapai tahap kegemilangan masing-masing.

Berhubung desakan kumpulan pelajar itu agar beliau melepaskan jawatan berkenaan dalam tempoh tujuh hari mulai hari ini, menteri itu berkata: “Sebagai bapa saya harus mendengar keluhan anak-anak, biasalah anak-anak kalau tak dapat sesuatu dia kecewa dan tugas ayah dia kena pujuk, dan cara terbaik (ialah dengan) menunjukkan contoh terbaik.”

Ditanya mengenai kekecewaan kumpulan pelajar itu berhubung pertemuan hari ini yang didakwa menemui jalan buntu, Maszlee berkata beliau perlu mengambil pandangan pelbagai pihak mengenai isu yang dibangkitkan.

“Sebab itu saya adakan perbincangan dengan lebih luas, bertemu dengan rektor UIAM, senat dan warga UIAM kerana lantikan (sebagai presiden universiti) dibuat bukan membabitkan keputusan saya,” katanya. – BERNAMA

Tags: Maszlee MalikUIAM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Profesor Berjasa Perlukan Bantuan: Inisiatif Kutipan Dana Dilancarkan

Profesor Berjasa Perlukan Bantuan: Inisiatif Kutipan Dana Dilancarkan

27/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Orang ramai diseru tampil menghulurkan bantuan bagi meringankan beban seorang pensyarah berpengalaman yang telah banyak berjasa dalam...

‘Anwar Tak Janji Jawatan Apa Pun, Cuma Minta Pengorbanan’

‘Anwar Tak Janji Jawatan Apa Pun, Cuma Minta Pengorbanan’

09/01/2023
1

Bekas menteri pendidikan Maszlee Malik menjelaskan spekulasi di sebalik teguran Perdana Menteri Anwar Ibrahim dikongsinya sebelum ini tidak menjanjikan sebarang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd