• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia, China Perluas Kerjasama Bidang Pengajian Islam

oleh Ahmad Albab
15/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Malaysia dan China mahu memperluaskan kerjasama dalam sektor pendidikan khususnya bidang pengajian Islam, kata Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.

Maszlee yang sedang dalam lawatan kerja empat hari ke China berkata dalam pertemuan dengan Pengerusi Dewan Perniagaan Halal Shanxi, Tie Qunping mencadangkan agar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) membuka cawangan di wilayah Xian, China termasuk sekolah Islam antarabangsa untuk pengajian awal.

Beliau berkata Xian sahaja mempunyai lebih 300,000 penduduk beragama Islam dan berjuta lagi di wilayah Shanxi dan lima wilayah yang lain sekitarnya.

“Malaysia mempunyai reputasi sebagai negara Islam sederhana dan tidak mempromosi ideologi radikal. Kerajaan China lebih selesa rakyatnya yang beragama Islam belajar di Malaysia berbanding negara-negara Timur Tengah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Maszlee mencadangkan agar China menghantar pelajarnya ke Malaysia dan Kementerian Pendidikan sedia melakukan segala yang perlu bagi memperoleh pendidikan Islam dan bidang-bidang lain berkualiti di Malaysia.

Beliau juga meminta cawangan Education Malaysia di Beijing mengambil langkah sewajarnya bagi mempromosi pendidikan Malaysia di China termasuk mengadakan lebih banyak pengajian Bahasa Melayu di universiti-universiti di China.

Selain itu, beliau berkata program peringkat ijazah dalam pengajian Bahasa Melayu dan pengajian Melayu, antaranya di Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Putra Malaysia perlu diperkukuhkan.

“Usaha sedang diambil untuk mendapatkan lebih banyak biasiswa bagi pelajar Malaysia mengikuti pengajian di universiti-universiti di China selain mencari peluang agar kerajaan China menaja pelajar mereka belajar di Malaysia.

“Langkah ini akan memperkukuh hubungan dua hala dan mempertingkatkan pendapatan Malaysia,” katanya.

Beliau menambah perbincangan susulan akan diadakan dengan pengurusan universiti-universiti di Malaysia sebaik beliau kembali ke tanah air.

Lawatan kerja empat hari ke China itu susulan lawatan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke negara berkenaan bulan lepas. – BERNAMA

Tags: ChinaMalaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

20/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Akaun Tiktok ekyn.wong hari ini memuat naik kenyataan permohonan maaf oleh individu bernama Nur Asyiqin Mohd Dalil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd