• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Nigeria Didenda Merokok Di Kawasan Mahkamah

oleh Ahmad Albab
24/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga Nigeria didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana merokok dalam kawasan larangan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, April lepas.

Majistret Wong Chai Sia menjatuhkan hukuman itu ke atas Ezenwugo Titus Uche, 38, yang mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Inggeris.

Mahkamah turut memerintahkan ahli perniagaan itu menjalani hukuman penjara satu minggu sekiranya dia gagal membayar denda. Dia membayar denda itu.

Mengikut pertuduhan, Ezenwugo didakwa merokok dalam kawasan Aras 2, Mahkamah Majistret Jenayah 8, Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini yang merupakan suatu tempat dilarang merokok di bawah Peraturan 11(1)(h) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di dalam kawasan aras 2 Mahkamah Majistret Jenayah 8, Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini pada 10.30 pagi, 12 April lepas.

Ezenwugo dituduh mengikut Peraturan 11(3), Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara tidak lebih dari dua tahun.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa dari Pejabat Kesihatan Titiwangsa Shumizan Siron memohon hukuman setimpal manakala Ezenwugo yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: dendamerokok
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Malaysia Airlines, Amadeus Jalin Kerjasama

Next Post

Utusan Boleh Dikenakan Tindakan Jika Gagal Bayar Pampasan VSS Sekali Gus

Related Posts

Buka Tanah Tanpa Kelulusan EIA, Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM450,000

Buka Tanah Tanpa Kelulusan EIA, Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM450,000

21/05/2025
0

Johor Bahru: Seorang pengurus projek dijatuhkan hukuman penjara sehari kerana membangunkan estet perindustrian melebihi 20 hektar di sini, tanpa mendapat...

MyCC Gagal Rayu Kembalikan Semula Denda RM86.8 Juta Terhadap Grab

MyCC Gagal Rayu Kembalikan Semula Denda RM86.8 Juta Terhadap Grab

19/03/2025
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) untuk mengembalikan cadangan denda RM86.77 juta terhadap Grab Inc...

Next Post

Utusan Boleh Dikenakan Tindakan Jika Gagal Bayar Pampasan VSS Sekali Gus

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd