• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 8, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Maut Jatuh Pokok Cempedak

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seorang lelaki maut akibat terjatuh dari pokok cempedak berhampiran perumahan Kilang Sawit Felda Jengka 8, Maran dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Maran DSP Norzamri Abd Rahman berkata Mat Radzi Mat Isa, 40, yang bekerja sendiri, dipercayai terjatuh dari ketinggian 9.1 meter berdasarkan kesan patah pada pokok itu.

“Seorang penduduk menemui mayat mangsa di bawah pokok bersama-sama beberapa biji cempedak yang berselerak pada pukul 2.30 petang semalam.

“Adik mangsa juga mengesahkan sepasang selipar yang ditinggalkan di bawah pokok itu kepunyaan abangnya,” katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.

Norzamri menambah adik mangsa memaklumkan abangnya yang sudah bercerai tidak pulang ke rumah selepas keluar pada pukul 10 pagi, Isnin lalu.

Bedah siasat yang dijalankan di Hospital Jengka malam semalam, mengesahkan punca kematian mangsa adalah akibat kecederaan pada dada akibat jatuh dari tempat tinggi.

Beliau berkata pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah terhadap mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: lelakimaut
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Video Lelaki Mirip ‘YB Beliau’ Didakwa Siram Air Terhadap Penguat Kuasa Tular

Video Lelaki Mirip ‘YB Beliau’ Didakwa Siram Air Terhadap Penguat Kuasa Tular

05/11/2026
0

MELAKA - Satu rakaman video memaparkan kekecohan melibatkan seorang lelaki yang didakwa mirip calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bagi...

Lokasi Kejadian Berjerebu, Berkabus Dengan Jarak Penglihatan Terhad – Naqib Ghazali

Lokasi Kejadian Berjerebu, Berkabus Dengan Jarak Penglihatan Terhad – Naqib Ghazali

08/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Keadaan persekitaran pada pagi kejadian kemalangan yang meragut nyawa tiga beradik di Pontian, Johor, Khamis, dilaporkan berjerebu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd