• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih Banyak CCRC Akan Dibina Di Sabah

oleh
23/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Kerajaan akan menambah lebih banyak Pusat Rawatan dan Pemulihan (CCRC) di Sabah, termasuk CCRC khas bagi wanita, dalam usaha menangani masalah penagih dadah di negeri ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman berkata penambahan pusat itu perlu bagi menampung penghuni CCRC yang semakin meningkat di Sabah.

Menurutnya, ketika ini, Sabah mempunyai sebuah CCRC iaitu di Papar yang mempunyai kapasiti untuk menampung 250 penghuni, namun pusat berkenaan kini beroperasi melebihi kapasiti iaitu kira-kira 400 penghuni.

“Rancangan pembinaan CCRC di pantai timur Sabah pula akan dapat memudahkan pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) menerima dan menghantar penagih di kawasan berkenaan untuk mendapatkan rawatan selain memudahkan keluarga berjumpa anggota keluarga masing-masing yang sedang mendapatkan rawatan.

“Dalam pada itu, CCRC wanita turut diperlukan di negeri ini agar tidak bercampur dengan penghuni CCRC lelaki,” katanya kepada pemberita selepas mengetuai Ops Khas ‘Adu’ bagi menahan individu dalam aktiviti penyalahgunaan dadah di sekitar Sepanggar dekat sini awal hari ini.

Empat puluh individu ditahan dalam operasi itu, kesemuanya lelaki yang mana 36 orang berumur antara 15 hingga 51 tahun didapati positif dadah jenis ganja dan syabu, manakala empat lagi yang turut ditahan pula diuji negatif dadah, namun tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Operasi bermula 10 malam tadi dan berakhir 1 pagi itu melibatkan 35 anggota terdiri daripada AADK Sabah dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.

Sementara itu, Mohd Azis, yang juga anggota Parlimen Sepanggar, berkata operasi seperti itu akan dilakukan secara berterusan di seluruh negeri bagi membendung masalah dadah dalam kalangan masyarakat. – BERNAMA

Tags: Mohd Azis Jamman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Menteri KDN Nafi Kenal Nicky Liow

07/10/2021
0

KOTA KINABALU - Bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman menafikan bahawa beliau mengenali atau mempunyai kaitan dengan...

KDN Akan Bincang Keberkesanan Kawalan Sempadan – Mohd Azis

14/10/2018
0

KANGAR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengadakan perbincangan dengan agensi yang bertanggungjawab membuat kawalan di sempadan untuk menilai keberkesanan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd