• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih Baik Tulus Mengenai Keadaan Hutang Negara

oleh Ahmad Albab
06/09/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lebih baik tulus mengenai keadaan hutang negara daripada menipu, kata Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (MPK), Tun Daim Zainuddin.

Beliau berkata, kerajaan pada hari ini sanggup berterus-terang dan menolak rasuah selain berusaha melaksanakan pembaharuan.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sekiranya tindakan mendedahkan hutang negara yang mencecah RM1 trilion akan menyebabkan kebimbangan dalam kalangan pelabur.

“Agensi penarafan berjumpa saya, saya kata apa (yang anda) mahu. Mahu kita tipu, kita boleh tipu, kita tipu. Itukah (yang) dia mahu. Lebih baik (kita) berterus-terang,” katanya dalam temu bual eksklusif Soal Rakyat yang disiarkan di saluran televisyen TV3 malam tadi.

Rancangan bersiaran selama sejam itu dikendalikan Tan Sri Johan Jaafar dan Mustapha Kamil Mohd Janor sebagai moderator.

Daim berkata, bersikap terbuka mengenai keadaan sebenar akan membolehkan agensi penarafan​​​​​​​melakukan analisis yang betul mengenai negara dan keputusan pelaburan.

“Dia (agensi penarafan) datang (ke) negara ini (dengan memperolehi butiran yang) semuanya tulus, kalau kita sembunyi, buat apa, esok terkejut. Jangan (berbuat demikian). Mereka faham,” katanya apabila ditanya mengenai sentimen pelabur.

Daim juga memaklumkan bahawa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan ke Amerika Syarikat dan United Kingdom malah pelabur juga amat berminat untuk mendengar penjelasan beliau mengenai pembaharuan Malaysia.

“Ini yang penting. Jangan sesekali sembunyi. Ini keadaan sebenar. Kita tidak mahu tipu,” katanya. – BERNAMA

Tags: hutang negaraTun Daim Zainuddin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RM758 Juta Aset Na’imah, Keluarga Daim Di London Dibeku

RM758 Juta Aset Na’imah, Keluarga Daim Di London Dibeku

03/06/2025
0

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa, memerintahkan aset luar negara milik isteri bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun...

Tun Daim Meninggal Dunia

Tun Daim Meninggal Dunia

13/11/2024
0

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin meninggal dunia di sebuah hospital swasta, di sini, hari ini pada usia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd